Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Iman al-Ghazali begitu memberikan penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Jika dilihat kepada kitabnya yang masyhur itu, kita akan dapati Imam memulakan penbicaraan dengan perbahasan ilmu dan kelebihannya. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut Imam diperolehi melalui ilmu.
Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Iman tidak hanya bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu beilmu. Ulama dibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan tidak menyembunyikannya"
(Ali Amran - ayat 3)
Walaupun Imam Al-Ghazali seorang sufi yang terkenal dan pernah mengasingkan diri daripada bergaul dengan manusia tetapi dalam membicarakan tentang tariyah dan pendidikan , beliau menolak konsep penyisihan diri (uzlah) dalam masyarakat.
Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka lakukan
Pendapat ini disokong oleh Dr. Kassim di dalam bukunya yang bertajuk “Kajian terhadap falsafah Islam”. Beliau menyatakan pergaulan dan percampuran antara satu sama lain adalah wasilah yang berjaya dan berkesan untuk mengekangkan tekanan jiwa yang dialami oleh golongan tua mahupun kanak-kanak.
Adab-adab Seorang Pelajar
Imam al-Ghazali mengemukakan 10 adab-adab yang perlu dijaga oleh seorang murid apabila belajar:
- Berakhlak dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.
- Memberi tumpuan kepada ilmu tanpa memikirkan soal kehidupan seperti mencari wang dan sebagainya.
- Menjaga dan iktizanm dengan adab-adab seperti rendah diri dengan ilmu dan menghormati guru.
- Mengingati dan menghafaz ilmu yang diperolehi .
- Setelah belajar ilmu-ilmu asas, pelajar perlu pantas mempelajari ilmu-ilmu lain.
- Memilih ilmu yang hendak di dalami dan dibidangi.
- Setelah mendalami ilmu yang dipilih, pelajar pelajar perlu berubah ke bidang lain yang paling hampir dengan ilmu yang dibidangi.
- Mendalami da membidangi dengan tekun dan serius terhadap ilmu yang menjadi pilihan.
- Belajar hanya kerana Allah semata-mata dan menghiasi diri dengan bekalan rohani melalui taqarrub kepada Allah.
- Mengimbangi antara ilmu dan urusan dunia agar mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.
0 comments:
Catat Ulasan