Pages

Ads 468x60px

31 Disember 2009

Apa Sudah Jadi ??

27 hb 12 2009..

Hari nie aku akan berangakat pulang ke Terengganu. Semester baru dah bermula. Result pun dah dapat, jeng-jeng..Apa citer?? Okla..agak bagus, untuk permulaan semester 1 nie, tapi tak samapi target aku, kalau macam nie semester depan nie kena pulun lagi la..untuk nak dapat first degree kelak nanti..tak pa ada masa lagi, aku yakin aku akan dapat juga untuk sem akan datang..Petang nie aku, aku akan berangakt, dengan bermodalkan RM 59.90..tiket Bas Konsortium(KBES), aku akan bertolak dari Hentian Kamunting Taiping Perak, nie first time aku naik bus nie, nak rasa pengalaman la katakan, sebelum nie asyik balik kot Butterwoth jer, harap-harap selamat la sampai..coz semalam ada excident kat tol utara selatan..Bus Sani Ekspress ..Aku rasa sume baca kot..keluar dalam paper, tak pa, untuk keluarga yang terlibat, aku ucapkan takziah..semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman..Amin..Kite berjumpa esok plak yer..

28hb 12 2009

Aduuhh..sakitnya pinggang aku, aku sekarang berada di bumi bertuah (negeri petroleum)..Terengganu, bukan aku nak mengeluh, tapi itu la yang reality..semalam aku bertolak dari Kamunting, 6.40 petang..Aku ingat dah bertolak awal, sampai la awal kat sini..tapi lain yang jadi..8.15 pagi baru bus aku sampai di Hentian Kuala Terengganu, aku menempuh satu perjalan yang cukup panjang(amboi mcm ayat novel plak..)yer la..mana tak nyer..hampir 14 jam perjalanan aku semalam..Sakit badan habis, bila dok dalam Bus, macam pergi dan balik dari Makkah la plak( perjalanan ke Makkah 7 jam,kalau pergi balik tak 14 jam), sebanyak tiga perhentian bus aku singgah semalam, first sekali di Ipoh, kemudian Temerloh, kemudian Kuantan, dan seterusnya ke Kuala Terengganu, berbanding bila naik di Butterwoth, kalau naik dari sana, hanya mengambil masa lebih kurang 8 jam sahaja, pukul 9 malam bertolak, dalam pukul 5 pagi keesokan harinya samapai la, Mungkin nie kali terakhir aku akan naik dari Kamunting..Kos perjalanan pun mahal, ditambah plak kos perebet sapu yang aku ambik di Hentian Terengganu RM 20+Rm59.90= lebih kurang RM 80, So dengan pengorbanan dari segi wang ringgit yang cukup tinggi, tidak mungkin sekali aku persia-siakan harapan ibu bapa aku, untuk aku berjaya dalam pelajaran aku disini..

29hb 12 2009

Hari nie aku dah bermula pengajian aku..hari first hadir ke kelas..ambik masa juga nak memahami apa yang lecturer perkatakan(kuliah dalam bahasa arab)..al malklum la, cuti lama..kena warming up balik la..dalam seminggu nie, sementara nak kembali pada yang asal,hehe..walaupun baru hari pertama disini, Asignment dah ada, ayoyo..awalnya, tapi nak buat mcm mana, dah menjadi adat dh sebagai pelajar..So aku akan busy cket la nanti, dengan tugasan yang diberi, dengan hafalan Al-quran, So anda nak tahu apa yang akan jadi pada hari seterusnya??bagaimana perjalanan saya disini??aktiviti saya ??tunggu la…baru awal semester..nanti ada masa yang lapang saya akan berkongsi lagi dengan anda semua..InsyaAllah…Doala kejayaan saya disini k…

31hb 12 2009

Dalam taksedar kurang dalam 14 jam lagi kita akan menyambut TAHUN BARU 2010, di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat Tahun Baru kepada Semua pengunjung.. Apa azam tahun baru anda pada tahun ini??Azam Baru aku tahun nie..apa2 pun yang berlaku di tahun 2010..aku akan hadapi segala rintangan dengan penuh kesabaran. dan aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik..InsyaAllah.

08 Disember 2009

Detik kewafatan Rasulullah SAW

Dalam entry kali nie, dalam keheningan malam menelaah buku tentang Keperibadian Rasulullah SAW, hati aku terdetik untuk berkongsi dengan pengunjung blog, salah satu bab dalam buku ini, iaitu Detik Kewafatan Rasulullah SAW, bukan apa..aku cukup tersentuh dengan Sifat peribadi baginda, seorang insan yang cukp dikasihi oleh Allah SWT..So kali ini aku nak semua pengunjung, muhasabbah balik diri kita, tanya pada diri kita, Selama aku memeluk islam, apa pengorbanan yang terbesar kita penah lakukan??So aku nasihat nie bukan untuk korang semua, tapi untuk diri aku sekali...Selamat membaca..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


02 Disember 2009

ReunioN is Back 30Nov09

Alhamdulillah dalam tak sedar dah dua hari reunion sekolah aku berlalu, Firstly aku nak ucapkan pada semua yang terlibat, terima kasih sebab bagi kerjasama untuk hadir untuk reunion hari itu, walaupun jumlah kehadiran yang datang hanya 30 orang, tapi kami semua amat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan di sana. Hopefully reunion yang sebegini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..mungkin kita buat ditempat yang lebih grand lagi, INsyaALLAh..disini aku nak kongsi beberapa foto yang sempat kami rakamkan ketika berada disana..









































24 November 2009

ReUNION batch SPM 05..NTISS...


Reunion spm 05-SMKA NIBONG TEBAL-


Tarikh : 30-11-2009 (ISNIN)

Tempat: Bukit Merah Lake Town Resort

Yuran: RM 60 sorang (tiket waterpark, mkn tghari n tshirt reunion)


-duit tlg bank in kt asyraf sblm 26hb 11(hari Khamis) nie...wajib tau... untk urusan pembelian tiket waterpark n tshirt

(ak bimb 08022020286221)
(ak cimb 07180062609528)

-tlg simpn slip bank utk amik bju t..kalau nk bg trus pun bleh gk..

Masa:

8.00am bkumpul di stesen bas parit buntar
* untk mmbr2 area s.perai utara n tngh tlg bkmpul d RnR juru kul
7.30am

TENTATIF PROGRAM

8.00am- berkumpul di stesen bas prt buntar, taklimat n bg tshirt

9.00am-bertolak ke bkt mrh

10.00am- smpai kt bkt mrh n mandi smpai letih...hahha

1.00pm-rehat,makan tghari,solat....

2.30pm-smbung mandi smpai lembek/hitam..etc...

5.00pm- bersiap blk n sesi bgmbr bramai2..

7.00pm-bertolk blk ke rumh masing2....

TRANSPORT
-BAS
-KETA SNdIRI
-MOTO SNdIRI
#bas disediakan kalau rmai nk p..keutamaan utk budk2 pmpuan..tlg knfmkan scpt mgkn sape yg nk p nek bas.. comfirmkan dengan saudara asyaf..


#TLG HEBAHKAN KEPADA KWN2 YG LAIN SCPT MGKN..BSAMA-SAMA KTA MNJAYAKN REUNION UTK BATCH KTA..HOPE DPT SUPPORT DRI KWN2...

Design Baju Reunion SPM 05






HARGA : RM 18 ( kain yang Kualiti)

Untuk sebarang tempahan baju nie..anda boleh berhubung dengan saudara :

Don Ahmad Asyraf : 0174686520

Ahmad Asyraf : 0134516551


19 November 2009

Gerbang PerkahwiNAn


Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi
sedikit tips untuk memilih calon pasangan dengan pengunjung-pengunjung sekalian. Hati saya terdetik untuk menulis satu kisah berkenaan “KENDURI KAHWIN”, Al maklumla cuti sekolah semakin tiba, So tak putus-putus la rumah saya dihujani dengan jemputan kahwin dari sahabat-sahabat dan sanak saudara. Kembali pada tajuk cerita, Jumaat nie, saya akan menghadiri satu majlis kenduri kahwin adik beradik saya. Berdasarkan cerita dari ibu saya, agak “GRAND” la kenduri yang saya akan hadiri nie, maklumla…hantaran yang akan diterima oleh pihak pengantin perempuan saja , bernilai RM 50,000..Aiyoo, anak Datuk mana nie(terdetik dalam hati saya)..Harga sebentuk cincin yang akan disarungkan pada jari adik beradik saya nie pula, mencecah hampir RM10,000, itu belum termasuk barang hantaran yang lain..Alhamdulillah..untung badan adik beradik saya nie..

Tahniah saya ucapkan saya berharap dengan mahligai yang terbina ini akan terus berdiri kukuh sampai bila-bila, Amin. Disini saya ingin kongsikan sedikit tips kepada kawan-kawan, sanak saudara yang akan mendirikan rumahtangga, dan yang masih mencari calon isteri atau calon, so boleh la jadikan panduan nie, sebagai “guideline” untuk membatu anda mencari calon yang sesuai untuk menjadi teman hidup anda sehingga akhir hayat . Faktor-faktor pemilihan adalah seperti berikut :


TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .


MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.


HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.


MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.


BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.


BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.


PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.


MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.


KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.


KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.


Sekian..

Sebelum saya tamatkan entry nie, saya nak ucapkan Tahniah kepada sahabat baik saya , Saudara Fazuwan bin Abu Bakar yang sekarang menuntut tahun pertama di UIAM, akan melangsungkan perkahwinan beliau pada 5hb 12 2009 bertempat di Maran, Pahang Darul Makmur..Beliaulah satu-satu sahabat saya yang akan menamatkan zaman bujangnya pada umur 21 tahun dan sahabat saya yang pertama yang akan berkahwin..Kami rakan sepejuangan di Universiti Darul Iman Malaysia akan sentiasa mendoakan kebahagian ko sehingga akhir hayat..Amin.

Jumpa nanti di Maran….

04 November 2009

TaBik Syaitan_NAuzubiilah !!!!

Salam Semua..
Dalam entry kali ini, saya ingin mendedahkan satu budaya yang selalu kita amalkan, namun kita tidak sedar bahawa semua perbuatan kita selama ini adalah boleh membawa syirik kepada Allah S.W.T..Anda masih ingat lagi istilah "JANJI ROCK"..Seingat saya istilah nie kerap digunakan satu ketika dahulu. Tapi disini saya bukan ingin membincangkan tentang istilah ini, tapi trademark yang selalu diguna pakai..iaitu simbol-simbol tangan..Saya rasa anda pasti boleh membayangkannya..Disini kita lihat, dalam tak sedar simbol-simbol ini mambawa maksud yang tersendiri, dalam penganut agama yang menjadi kan KITAB BIBLE sebagai pengangan mereka. kita kena ingat bahawa kejahilan dalam mengetahui hukum hakam agama akan memberi kesan langsung dan secara tidak langsung terhadap iman sesorang itu.

Kita boleh lihat simbol-simbol yang selalu diamal oleh kita semua..Ingat!! Jangan tiru aksi sebegini..






Tuhan bertanduk ilmu sihir. Pan atau Cernunnos. Perhatikan ibu jari di bawah jari-jari itu dan diberi oleh tangan kanan.



Tanda Hand The bertanduk pengiktirafan antara mereka yang dalam Occult. Bila menunjukkan seseorang ia dimaksudkan untuk menempatkan satu sumpahan. Perhatikan ibu jari mengenai jari-jari itu dan diberi oleh tangan kiri.


Turut digunapakai peluncur dan pasukan-pasukan bola sepak. Ini merupakan tanda yang furor wajar menggunakan untuk menandakan "Cangkuk Um" tanduk-tanduk





Anton LaVey, pemimpin dan pengasas theChurch Satan.
Di Atas: Anton LaVey, pengasas Church Satan dan pengarang kitab Bible ofThe Satanic, mempamerkan "Tangan Bertanduk" (juga memanggil "tabik syaitan" dan Il Cornuto) dengan tangan kirinya, pada kulit belakang bagi The Satanic kitab Bible.



Satu upacara amal syaitan
(Pembuatan Satanists "Tabik syaitan" untuk sebuah altar mempamerkan Goat Mendes atau Baphomet, untuk memaklumi kesetiaan mereka kepada Satan, semasa satu ritual Satanic.)


Melayu Juga Sama..!! Beragama ISlam Pulak tue...

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan. . kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan. . kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN. ..??????

Artis-artis macam inikah kita nak buat sebagai ROLE MODEL???

Sma-sama kita berubah..Bak kata pepatah NABIL raja Lawak..Lu Ada mata,Lu lihat, Lu ada mulut lu cakap, Lu ada OTAK lu pikir la sendiri...

20 Oktober 2009

Kita Bertemu Lagi !!!!

Salam sebelum saya ingin menerus penulisan saya pada petang nie. saya ingan memohon seribu kemaafan kerana hampir dua minggu saya tidak mengupdate blog nie. Dah dekat akhir-akhir sem nie, saya dibebani berbagai-bagai tugasan, asignment, perbentangan, liqa dan macam2 lagila yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang cukup singkat. Tapi berbekalkan dengan azam yang tinggi saya dapat selesaikan dengan cemerlang..Alhamdullilah. Dalam entry kali ini saya amat berminat untuk berkongsi dengan para pengunjung mengenai satu kisah yang saya terima daripada sahabat blogger saya iaitu NURUL HUDA. Sya berharap dengan paparan yang akan sya tunjuk ini menjadi satu peringatan kepada semua pengunjung InsyaAllah..

Buat renungaN

Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan darianggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik danForensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menantisaya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarangkesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busukmenusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atassofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah..dan buat pemeriksaan. Adadompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumahusang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.
Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu notel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayatdi bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.di mana anak anaknya?baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahumengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada harianak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telahseminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkanayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi,
tiada link dgnjiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggupmengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cum aadik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam...sejurus sebelum pengsan.kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan kawan mahu lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan.









Sayangilah IbuBapa Anda!!!!!















TRAFFIC HARI INI

Iklan