Pages

Ads 468x60px

10 Disember 2013

Perutusan Raja Sehari



Assalamualaikum semua, dalam tempoh hampir 9 bulan aku menetap di Sabah, kehidupan aku telah berubah 360', hajatnya ingin berkongsi, bukan apa ramai sangat yang email, dan mesej di Facebook, mohon pencerahan dalam beberapa perkara, terutamanya pengalaman temuduga dan pendapat mengenai Perundangan Undang-undang Keluarga. Namun dek keterbasan waktu untuk mengarang di blog ini, jadi perkara itu gagal untuk direalisasikan. Saya tidak mampu untuk menjanjikan Bulan dan Bintang kepada pembaca sekalian untuk menulis kembali, tapi kalau ada kelapangan kelak saya pasti akan berkongsi.

Sebenarnya, aku terpaksa mencuri sedikit masa, maybe dalam 20 minit saja untuk update blog nie, sebelum pulang kerumah untuk mengemas barang untuk berangkat pulang ke semananjung, Flight tengahari nie. Untuk sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, saya akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu nie. Saya nak menjemputlah rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini untuk hadir ke majlis Walimatul Urus saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perkenalan yang berputik 9 tahun yang lalu, telah sampai ke step yang terakhir untuk disempurnakan. Saya mula mengenali secara serius isteri saya nie pada tanggal 22.11.2004. Panjang ceritanya, kalau nak story hari nie, maybe kalau ada kelapangan masa saya akan kongsikan kelak. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian bila mengimbau kembali kisah percintaan dahulu..kuikuikui ;), tapi Alhamdulillah, itulah resam dunia. Ok full Stop.!! sambung lain kali,kalau kita nak talk about Love ok!!! Berikut tarikh-tarikh keramat yang akan berlangsung pada hujung minggu nie :


13 Disember 2013
Akad Nikah bertempat di Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam

14 Disember 2013 (Sabtu)
Majlis di sebelah bakal Isteri

15 Disember 2013 (Ahad)
Majlis dirumah Saya

bukan apa, letak warna dekat tarikh-tarikh tue, Tema Warna Majlis nanti Sebenarnya


Jemputan Majlis Rumah Penganti Perempuan


Tuan-tuan, dan Puan-puan Dijemput Hadir


Kalian Doa la Moga Majlis yang telah dirancang ini di permudahkan segalanya

TRAFFIC HARI INI

Iklan