Pages

Ads 468x60px

31 Disember 2009

Apa Sudah Jadi ??

27 hb 12 2009..

Hari nie aku akan berangakat pulang ke Terengganu. Semester baru dah bermula. Result pun dah dapat, jeng-jeng..Apa citer?? Okla..agak bagus, untuk permulaan semester 1 nie, tapi tak samapi target aku, kalau macam nie semester depan nie kena pulun lagi la..untuk nak dapat first degree kelak nanti..tak pa ada masa lagi, aku yakin aku akan dapat juga untuk sem akan datang..Petang nie aku, aku akan berangakt, dengan bermodalkan RM 59.90..tiket Bas Konsortium(KBES), aku akan bertolak dari Hentian Kamunting Taiping Perak, nie first time aku naik bus nie, nak rasa pengalaman la katakan, sebelum nie asyik balik kot Butterwoth jer, harap-harap selamat la sampai..coz semalam ada excident kat tol utara selatan..Bus Sani Ekspress ..Aku rasa sume baca kot..keluar dalam paper, tak pa, untuk keluarga yang terlibat, aku ucapkan takziah..semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman..Amin..Kite berjumpa esok plak yer..

28hb 12 2009

Aduuhh..sakitnya pinggang aku, aku sekarang berada di bumi bertuah (negeri petroleum)..Terengganu, bukan aku nak mengeluh, tapi itu la yang reality..semalam aku bertolak dari Kamunting, 6.40 petang..Aku ingat dah bertolak awal, sampai la awal kat sini..tapi lain yang jadi..8.15 pagi baru bus aku sampai di Hentian Kuala Terengganu, aku menempuh satu perjalan yang cukup panjang(amboi mcm ayat novel plak..)yer la..mana tak nyer..hampir 14 jam perjalanan aku semalam..Sakit badan habis, bila dok dalam Bus, macam pergi dan balik dari Makkah la plak( perjalanan ke Makkah 7 jam,kalau pergi balik tak 14 jam), sebanyak tiga perhentian bus aku singgah semalam, first sekali di Ipoh, kemudian Temerloh, kemudian Kuantan, dan seterusnya ke Kuala Terengganu, berbanding bila naik di Butterwoth, kalau naik dari sana, hanya mengambil masa lebih kurang 8 jam sahaja, pukul 9 malam bertolak, dalam pukul 5 pagi keesokan harinya samapai la, Mungkin nie kali terakhir aku akan naik dari Kamunting..Kos perjalanan pun mahal, ditambah plak kos perebet sapu yang aku ambik di Hentian Terengganu RM 20+Rm59.90= lebih kurang RM 80, So dengan pengorbanan dari segi wang ringgit yang cukup tinggi, tidak mungkin sekali aku persia-siakan harapan ibu bapa aku, untuk aku berjaya dalam pelajaran aku disini..

29hb 12 2009

Hari nie aku dah bermula pengajian aku..hari first hadir ke kelas..ambik masa juga nak memahami apa yang lecturer perkatakan(kuliah dalam bahasa arab)..al malklum la, cuti lama..kena warming up balik la..dalam seminggu nie, sementara nak kembali pada yang asal,hehe..walaupun baru hari pertama disini, Asignment dah ada, ayoyo..awalnya, tapi nak buat mcm mana, dah menjadi adat dh sebagai pelajar..So aku akan busy cket la nanti, dengan tugasan yang diberi, dengan hafalan Al-quran, So anda nak tahu apa yang akan jadi pada hari seterusnya??bagaimana perjalanan saya disini??aktiviti saya ??tunggu la…baru awal semester..nanti ada masa yang lapang saya akan berkongsi lagi dengan anda semua..InsyaAllah…Doala kejayaan saya disini k…

31hb 12 2009

Dalam taksedar kurang dalam 14 jam lagi kita akan menyambut TAHUN BARU 2010, di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat Tahun Baru kepada Semua pengunjung.. Apa azam tahun baru anda pada tahun ini??Azam Baru aku tahun nie..apa2 pun yang berlaku di tahun 2010..aku akan hadapi segala rintangan dengan penuh kesabaran. dan aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik..InsyaAllah.

2 comments:

nUrUl HuDa... berkata...

Selamat kembali ke sekolah, hehehe =)
Semoga sem baru memberi satu perubahan yang baru yea cik aslam (",)

aslam ahmad berkata...

yeah of cours..thanks.....

TRAFFIC HARI INI

Iklan