Kawan-kawan, kalian mengaku seorang Islam yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, maka segeralah boikot Maxis 012/017.
Alasan 'susah' kalau bertukar ke nombor lain, atau sebab semua orang dah tahu
nombor 012 kita tu...tak boleh diterima.Jika kalian masih menyokong 012/017 ertinya kalian sendiri meminggirkan agama Islam, kalian jugalah yang
menghina kesucian Islam.
Ikhwah yang dikasihi kerana Allah, ini adalah pendapat ana boleh jadi benar boleh jadi salah oleh itu kalau benar ikutlah dan kalau ada dalil atau hujah yang
lebih kuat berdasarkan Al-Quran dan sunnah maka sila nyatakan pada ana. Kerana kita adalah generasi yang ditarbiah, panduan kita adalah Al-Quran dan sunnah untuk mencari kebenaran seperti yang disarankan Allah dalam surah Yusuf,(12:108)
"Katakanlah (Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku
dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci
Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"
Syarikat telekomunikasi MAXIS merupakan sebuah syarikat telekomunikasi sangat berpengaruh dan banyak digunakan oleh masyarakat Malaysia hatta tidak terkecuali ikhwah mahupun akhawat. Pemilik syarikat ini adalah Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Robert Khoo, jutawan gula. Selain MAXIS , Ananda Krishnan juga merupakan orang
yang bertanggungjawab membawa ASTRO masuk ke Malaysia yang menyebabkan banyak gejala kerosakan akhlak berlaku dan melalaikan ramai orang Islam tehadap tanggungawab mereka terhadap Islam. Selain itu, dia
juga merupakan antara penyumbang utama program berbentuk maksiat yang sangat terkenal iaitu AKADEMI FANTASIA yang melahiran ramai perosak
masyarakat. Perkara yang lebih parah lagi adalah dia akan menyumbangkan 10% setiap tahun daripada keuntungannya kepada Persatuan India Sangam Malaysia iaitu antara sebuah persatuan yang yang mendokong penubuhan
IFC (InterFaith Commision) yang membolehkan undang-undang Islam digubah oleh sebuah gagasan yang nak diwujudkan apabila dirasakan ia tidak relevan lagi dengan z aman sekarang menurut tanggapan mereka. Ini jelas-jelas menunjukan mereka menyerang Islam dan mencabar hukum Allah swt. Mereka ini jelas-jelas KAFIR HARBI. Tidakkah kita sensitif dengan ayat Allah dalam surah
al-Anfal,(8:39), "Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah 1dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah 2. Jika mereka berheni (dari kekafiran) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" dan ayat lain surat al-Maidah(5:54), "dari awal ayat...maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNYa,yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang yang suka mencela.....hingga akhir ayat" Oleh yang demikian ana menyarankan ikhwah sekalian supaya memBOIKOT MAXIS kerana Ia mengancam Islam. Sanggupkah antum memberi sumbangan pada MAXIS untuk menghancurkan Islam padahal antum beriktikad dalam hati dengan penuh keazaman dan keikhlasan untuk membela agama Allah swt.?
Bukanlah ana berkata kita tidak boleh pakai handphone kerana penggunaan handphone adalah tergolong dalam maslahat Al-Hajiyyat (perkara-perkara yang
diperlukan) untuk zaman sekarang untuk melancarkan perjalanan dakwah cuma kita ada banyak alternatif lain umpamanya CELCOM yang pemiliknya melayu yang beragama Islam. Tidak dapat dinafikan CELCOM juga ada melakukan
program berbentuk maksiat tetapi tidak semudarat MAXIS. Antara kaedah usul fiqh yang boleh dipakai disini adalah "Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar,maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil 3"
"Melakukan al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar 4" Ana yakin kita semua tentu telah baca dan tahu bahawa Assyahid Imam Hassan Al-Banna telah mengariskan 38
kewajipan Al-Akh yang mesti diamalkan oleh kita. Sila rujuk kewajipan yang ke 21 yang berbunyi : "saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secar umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidah jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam 5" Tujuan ana menulis ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk mengingatkan diri ana supaya menyampaikan yang haq. Ana yakin ramai ikhwah dan akhawat yang tidak tahu perkara ini jadi ana sampaikan supaya kita sama-sama akan sedar dan terus bertukar talian selain MAXIS seterusnya terus beriltizam dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk terus berjuang
untuk menegakkan Agama Allah yang sangat kita cintai ini.Ana bukan yang terbaik untuk menulis artikel ini, sekadar hendak melaksanakan kewajipan ana
sebagai hamba Allah seperti dalam firman Allah surah Ali-Imran,(3:104)
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar ; merekalah golongan yang beruntung"
dan juga hendak menyahut saranan Asssyhid Imam Hassan Albanna dalam 38 kewajipan al-Akh muslim yang ke 8 yang berbunyi "Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan.Keberanian yang paling mulia ialah berterus- terang
demi haq dan kebenaran, menyimpan rahsia,mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan". Sekali lagi ana tegaskan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan ini tolong tegur ana supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah tapi pastikan kemukakan hujah atau dalil yang lebih kuat daripada ana kerana Islam berdiri atas dasar hujah Al-Quran
dan Sunnah bukan menurut fikiran dan perasaan.
Bercuti di Lyon, France
-
* Lyon, France *
Catatan 15-19 April 2024
Part 1
Selalunya kalau orang bercuti di France akan ke Paris saje kan tapi tujuan
utama trip ke Europe ni buk...
4 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan