Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -
sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta
satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata
memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut
tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan
bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah
berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah
malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan
memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini
kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi
Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan
dan rahmat Allah SWT.
*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*
0 comments:
Catat Ulasan