Pages

Ads 468x60px

30 Julai 2009

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN..sAMA2 KITA BACA YER..

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -

sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta

satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata

memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut

tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan

bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah

berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah

malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada

tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu

mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan

memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi

Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka

terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini

kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi

Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan

dan rahmat Allah SWT.

*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*

Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya !!!

Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Iman al-Ghazali begitu memberikan penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Jika dilihat kepada kitabnya yang masyhur itu, kita akan dapati Imam memulakan penbicaraan dengan perbahasan ilmu dan kelebihannya. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut Imam diperolehi melalui ilmu.

Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Iman tidak hanya bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu beilmu. Ulama dibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan tidak menyembunyikannya"

(Ali Amran - ayat 3)

Walaupun Imam Al-Ghazali seorang sufi yang terkenal dan pernah mengasingkan diri daripada bergaul dengan manusia tetapi dalam membicarakan tentang tariyah dan pendidikan , beliau menolak konsep penyisihan diri (uzlah) dalam masyarakat.

Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka lakukan

Pendapat ini disokong oleh Dr. Kassim di dalam bukunya yang bertajuk “Kajian terhadap falsafah Islam”. Beliau menyatakan pergaulan dan percampuran antara satu sama lain adalah wasilah yang berjaya dan berkesan untuk mengekangkan tekanan jiwa yang dialami oleh golongan tua mahupun kanak-kanak.

Adab-adab Seorang Pelajar

Imam al-Ghazali mengemukakan 10 adab-adab yang perlu dijaga oleh seorang murid apabila belajar:

  1. Berakhlak dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.
  2. Memberi tumpuan kepada ilmu tanpa memikirkan soal kehidupan seperti mencari wang dan sebagainya.
  3. Menjaga dan iktizanm dengan adab-adab seperti rendah diri dengan ilmu dan menghormati guru.
  4. Mengingati dan menghafaz ilmu yang diperolehi .
  5. Setelah belajar ilmu-ilmu asas, pelajar perlu pantas mempelajari ilmu-ilmu lain.
  6. Memilih ilmu yang hendak di dalami dan dibidangi.
  7. Setelah mendalami ilmu yang dipilih, pelajar pelajar perlu berubah ke bidang lain yang paling hampir dengan ilmu yang dibidangi.
  8. Mendalami da membidangi dengan tekun dan serius terhadap ilmu yang menjadi pilihan.
  9. Belajar hanya kerana Allah semata-mata dan menghiasi diri dengan bekalan rohani melalui taqarrub kepada Allah.
  10. Mengimbangi antara ilmu dan urusan dunia agar mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.


22 Julai 2009

Selipar From Tayar..Kreatif kan???





Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

21 Julai 2009

Boikot Maxis???Kenapa???

Kawan-kawan, kalian mengaku seorang Islam yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, maka segeralah boikot Maxis 012/017.

Alasan 'susah' kalau bertukar ke nombor lain, atau sebab semua orang dah tahu
nombor 012 kita tu...tak boleh diterima.Jika kalian masih menyokong 012/017 ertinya kalian sendiri meminggirkan agama Islam, kalian jugalah yang
menghina kesucian Islam.

Ikhwah yang dikasihi kerana Allah, ini adalah pendapat ana boleh jadi benar boleh jadi salah oleh itu kalau benar ikutlah dan kalau ada dalil atau hujah yang
lebih kuat berdasarkan Al-Quran dan sunnah maka sila nyatakan pada ana. Kerana kita adalah generasi yang ditarbiah, panduan kita adalah Al-Quran dan sunnah untuk mencari kebenaran seperti yang disarankan Allah dalam surah Yusuf,(12:108)

"Katakanlah (Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku
dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci
Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

Syarikat telekomunikasi MAXIS merupakan sebuah syarikat telekomunikasi sangat berpengaruh dan banyak digunakan oleh masyarakat Malaysia hatta tidak terkecuali ikhwah mahupun akhawat. Pemilik syarikat ini adalah Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Robert Khoo, jutawan gula. Selain MAXIS , Ananda Krishnan juga merupakan orang
yang bertanggungjawab membawa ASTRO masuk ke Malaysia yang menyebabkan banyak gejala kerosakan akhlak berlaku dan melalaikan ramai orang Islam tehadap tanggungawab mereka terhadap Islam. Selain itu, dia
juga merupakan antara penyumbang utama program berbentuk maksiat yang sangat terkenal iaitu AKADEMI FANTASIA yang melahiran ramai perosak
masyarakat. Perkara yang lebih parah lagi adalah dia akan menyumbangkan 10% setiap tahun daripada keuntungannya kepada Persatuan India Sangam Malaysia iaitu antara sebuah persatuan yang yang mendokong penubuhan
IFC (InterFaith Commision) yang membolehkan undang-undang Islam digubah oleh sebuah gagasan yang nak diwujudkan apabila dirasakan ia tidak relevan lagi dengan z aman sekarang menurut tanggapan mereka. Ini jelas-jelas menunjukan mereka menyerang Islam dan mencabar hukum Allah swt. Mereka ini jelas-jelas KAFIR HARBI. Tidakkah kita sensitif dengan ayat Allah dalam surah
al-Anfal,(8:39), "Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah 1dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah 2. Jika mereka berheni (dari kekafiran) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" dan ayat lain surat al-Maidah(5:54), "dari awal ayat...maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNYa,yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang yang suka mencela.....hingga akhir ayat" Oleh yang demikian ana menyarankan ikhwah sekalian supaya memBOIKOT MAXIS kerana Ia mengancam Islam. Sanggupkah antum memberi sumbangan pada MAXIS untuk menghancurkan Islam padahal antum beriktikad dalam hati dengan penuh keazaman dan keikhlasan untuk membela agama Allah swt.?

Bukanlah ana berkata kita tidak boleh pakai handphone kerana penggunaan handphone adalah tergolong dalam maslahat Al-Hajiyyat (perkara-perkara yang
diperlukan) untuk zaman sekarang untuk melancarkan perjalanan dakwah cuma kita ada banyak alternatif lain umpamanya CELCOM yang pemiliknya melayu yang beragama Islam. Tidak dapat dinafikan CELCOM juga ada melakukan
program berbentuk maksiat tetapi tidak semudarat MAXIS. Antara kaedah usul fiqh yang boleh dipakai disini adalah "Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar,maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil 3"
"Melakukan al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar 4" Ana yakin kita semua tentu telah baca dan tahu bahawa Assyahid Imam Hassan Al-Banna telah mengariskan 38
kewajipan Al-Akh yang mesti diamalkan oleh kita. Sila rujuk kewajipan yang ke 21 yang berbunyi : "saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secar umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidah jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam 5" Tujuan ana menulis ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk mengingatkan diri ana supaya menyampaikan yang haq. Ana yakin ramai ikhwah dan akhawat yang tidak tahu perkara ini jadi ana sampaikan supaya kita sama-sama akan sedar dan terus bertukar talian selain MAXIS seterusnya terus beriltizam dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk terus berjuang
untuk menegakkan Agama Allah yang sangat kita cintai ini.Ana bukan yang terbaik untuk menulis artikel ini, sekadar hendak melaksanakan kewajipan ana
sebagai hamba Allah seperti dalam firman Allah surah Ali-Imran,(3:104)
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar ; merekalah golongan yang beruntung"
dan juga hendak menyahut saranan Asssyhid Imam Hassan Albanna dalam 38 kewajipan al-Akh muslim yang ke 8 yang berbunyi "Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan.Keberanian yang paling mulia ialah berterus- terang
demi haq dan kebenaran, menyimpan rahsia,mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan". Sekali lagi ana tegaskan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan ini tolong tegur ana supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah tapi pastikan kemukakan hujah atau dalil yang lebih kuat daripada ana kerana Islam berdiri atas dasar hujah Al-Quran
dan Sunnah bukan menurut fikiran dan perasaan.

15 Julai 2009

Hari ini dalam Sejarah

Tanggal 15.07.2009
Hari nie merupakan hari bersejarah saya..coz selama 3 tahun sy belaja..akhirnya saya berjaya menggenggam skrol Diploma...yang amat menggembirakan saya sebab sy dapat raikan kejayaan saya nie..ngan mak,ayah dan abang saya..disini saya kongsi beberapa foto konvokesyen saya yang berlangsung pada pagi td...




13 Julai 2009

Sekapur Sireh DI UDM

salam semua..

First sekali saya mintak maaf kerana dah lama tak update blog,BUsy cketla..Alhamdulliah apa2 pun saya panjat seribu kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana izin dan rahmatnya saya dapat menyambung pengajian saya dalm bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam( Syariah) pada 28 hb 7 2009 baru2 ini..Dan saya juga panjatkan kesyukuran saya, kerna dalam tempoh 3 tahun saya memperhambakan diri dalm menuntut ilmu dalm bidang yang sama,akhirnya saya dapat naik pentas untuk mengambil skrol Diploma saya dalam KONVOKESYEN buat KALI PERTAMA. di Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza..pada 15 hb 7 2009...dalm kesibukan kuliah kelas di awal semester nie..sy berharap sy dapat berkongsi pengalaman saya dalam tempoh dua minggu saya berada disini..Almaklum la..jadi student barukan..Insya Allah saya akan Kongsi beberapa foto,bersama rakan2 sy ketika tempoh orientasi ari tue(update soon)...2 hari lg,esok ibu dan ayah saya,bersama ngan abang sy akan bertolak...tak sabar rasa nak menunggu kedatangan mereka.. Mungkin ini lah saat yang sebenar,yang amat nanti2kan...Iaitu Konvokesyen..Ini lah Hadiah sy kepada mereka..terima kasih mak ayah,yang selama nie tak pernah jemu beri sokongan kat alam dalam tempoh pengajian alam di sini...

TRAFFIC HARI INI

Iklan