Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat
penyayang. Banyak
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan
amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera
kanak-kanak dan
bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal
mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam
badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil
selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil
menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang
konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan
yang bakal memberikan impak yang
sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan
ketenangan yang
dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ
telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun
1989.
"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya
telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya
mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi.
Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan
pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya
sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah
tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah
semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang
pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ
telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas
kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar
sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis
memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan
anaknya.Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan
berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang
Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan
lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama
Yusof Islam.Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert
terakhirnya bukannya
di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan
selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya
saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan
mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ
didapat telah meninggal dunia..
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya
seolah-olah mereka tak
tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada
pihak yang cuba
melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak
hospital mengatakan
hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan
sedangkan teknologi
sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah
private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan
hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic,
satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil
secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut
MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan
ubat tersebut.
Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah
ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat
Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
"Saya suka MJ.... Saya membesar mendengar lagunya. Ia
satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam
kematiannya".
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada
konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan?
Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan
untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA
telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan
secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat
hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam
di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara
Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah
keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada
dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorangIslam.
3 comments:
ceh aku ada dapat gak emel ni. ada logiknye fakta2 dalam emel ni, tapi entah la, still suspicious.
owh..ok2 thank..sama kita kongsi fakta ok..kalau ko ada fakta yang boleh di kongsi ngan aku..email ja..ben_street7@yahoo.com
Fakta?
Lebih pada rekaan semata mata.
Cara panulisan yang lemah serta bukti yang dikemukakan tidak munasabah.
Jangan terlalu taksub dengan konspirasi.MJ ialah seorang penghibur dan dia merupakan seorang penghibur lagenda.
Tiada bukti menunjukkan MJ dikebumikan secara Islam.
Tiada bukti yang menunjukkan Obama menyatakan statement seperti yang ditunjukkan. Perlu ke MJ beritahu dia ialah seorang Islam pada konsert di London sedangkan dia boleh melakukan sidang akhbar ataupun temuduga pada bila bila masa. Tidak logik.
Bagi saya MJ ialah seorang penghibur. Full stop. Sama ada dia Islam atau tidak, semua orang ada pendapat masing masing.
Terima kasih.
Semua yang ditulis diatas ialah pendapat semata mata, tidak ditujukan untuk menyingguh perasaan siapa siapa
Catat Ulasan