Fenomena facebook yang menular diseluruh dunia semakin pesat. Zaman ini sesiapa yang tak kenal di anggap sebagai buta IT??Benarkah??Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa saja bahan yang hendak dicari anda just sentuh papan skrin dan anda akan perolehinya..
Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau seramai 140 juta orang, tetapi baru-baru ini pihak facebook mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna facebook sekarang sudah menjangkau pada angka 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalm tempoh setahun. Jadi tak hairan lah facebook dapat menjana
pendapatan sebanyak AS$300juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakan daripada pihak pengguna, Microsoft telah membeli 1.6% daripada kepentingan facebook yang bernilai AS$240 juta pada 2007. Bagaimana baru-baru ini pengasasnya BILL GATES salah seorang yang turut melayari facebook, mengambil keputusan untuk menutup halaman facebooknya ekoran 10 ribu rakan yang tak dikenalinya berminta untuk menjadi kawannya. Terbaru Syarikat Rusia, Digital Sky Technology telah
melabur sebanyak AS$200 juta..seterusnya telah meningkatkan nilai syarikat tersebut kepada AS$15 Bilion. Bagaimanapun dalam ghairah melayari facebook ini, kerajaan Iran telah menyekat kepenggunaan facebook ini. Tujuannya untuk menghalang para penyokongnya yang bertanding menggunakan facebook ini untuk berkempen. Tindakan kerajaan Iran ini turut disusuli oleh MAJLIS ULAMA INDONESIA(MUI) yang telah mengharamkan penggunaan
facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun lalu. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi penyebab perbuatan yang tidak senonoh dan seks sebelum nikah. Namun begitu, sebelum pengharaman daripada kedua-dua negara itu..desas desus mengatakan penglibatan laman web ini, dalam peperangan di GAZA. Antara blog menjelis Ftahul Hidayah mendedahkan siapakah sebenar pemilik laman web facebook ini..
Siapa Zuckerberg???
Facebook ini dimiliki oleh Mack Zuckerberg, seorang graduan Sains Komputer dari UNIVERSITI HARVARD, Zuckerberg adalah anak kepada pasangan YAHUDI iaitu Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang Doktor GiGi manakala ibunya pula seorang pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang sangat genius komputer sejak kecil lagi.
Malah diceritakan beliau pada umur belasan tahun beliau telah mencipta satu permainan komputer yang dinamakan RISK dan permaianan muzik SYNAPSE . Facebook dilancarkan pada 4 Febuari 2004 dari bilik asramanya, adalah bertujuan mahasiswa Harvards untuk berinteraksi antara satu sama
lain. Bagaimanapun diatas permintaan ramai ia dikembang disekitar Universiti berdekatan. Mark juga semasa menutut, beliau pernah menggodam laman web Universiti untuk mendapatkan fail peribadi pelajar tanpa kebenaran. Majalah TIME, mengikhtiraf Zuckerberg pada rangking ke 52 daripada 101 sebagai
tokoh yang berpengaruh didunia 2008, sebaris nama besar seperti Barack Obama Presiden Amerika Syarikat. Majalah Forbes Top 400, menyenaraikan Zukcerberg sebabai individu ke 321 terkaya di Amerika daripada 400 individu yang lain pada 2008. Zuckerberg adalah individu yang termuda yang disenaraikan oleh majalah Forbes ketika umur beliau mencecah 24 tahun dengan kekayaan USD 1.5 Billion.
Apa Kaiatan Zuckerberg dengan Israel??
Semasa di Universiti Harvads, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi ( AEPi), Alpha Epsilon pi adalah petubuhan mahasiswa Yahudi yanng amat terkenal di Amerika Syarikat dan di Kanada. Kaitannya dengan Israel ialah , petubuhan ini ialah pertubuhan yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan Israel. Pertubuhan ini membuka selruh keahliannya kepada pelajar-pelajar Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat..Ia adala bertujuan untuk membina keyakinan mahasisiwa yahudi agar menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.
Bagaimana Facebook mendapat keuntungan?
Menurut Rizky, facebook mendapt keuntungan melalui iklan-iklan yang banyak dipaparkan. Dari pada penelitian, iklan yang terdapat di facebook mempunyai sistem yang berbeza. Misalnya mengguna sistem (CPS) cost perclick. Sekali click $0.50. Sekiranya ada 1000 orang mengelik pada iklan tersebut dalam masa satu hari, maka facebook akan memperoleh pendapatan sebanyak $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jikan 10 hingga 20 iklan, jumlah pendapatan facebook anda kira lah sendiri..Jika itu jumlah wang yang diperolehi, cuba anda bayangkan berapa jumlah wang yang disalurkan untuk peperangan di Gaza. Yang menyedihkan, sebahagian pendapat tersebut di sumbangkan oleh sebilangan oleh umat islam.
Al-Islam september 2009
0 comments:
Catat Ulasan