Pages

Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Fakta atau Auta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta atau Auta. Papar semua catatan

12 September 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson..Anda Baca dan Anda Pikir ..

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat
penyayang. Banyak
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan
amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera
kanak-kanak dan
bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal
mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam
badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil
selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil
menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang
konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan
yang bakal memberikan impak yang
sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan
ketenangan yang
dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ
telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun
1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya

telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya

mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi.

Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan
pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya
sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah
tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah
semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang
pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ
telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas
kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar
sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis
memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan
anaknya.Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan
berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang
Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan
lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama
Yusof Islam.Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert
terakhirnya bukannya
di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan
selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya
saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan
mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ
didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya
seolah-olah mereka tak
tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada
pihak yang cuba
melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak
hospital mengatakan
hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan
sedangkan teknologi
sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah
private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan

hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic,
satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil
secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut
MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan
ubat tersebut.
Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah
ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat
Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

"Saya suka MJ.... Saya membesar mendengar lagunya. Ia
satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam
kematiannya".

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada
konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan?
Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan
untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA
telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan
secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat
hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam
di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara
Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah
keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada
dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorangIslam.



06 September 2009

Fakta Menarik Internet

Adakah Anda Tahu???

Radio mengambil masa 38 tahun untuk mendapatkan 50 juta orang pendengar.

TV, mengambil masa 13 tahun untuk memperolehi 50 juta penonton.

Tetapi Internet berjaya memikat 50 juta pengguna dalam masa empat tahun.

Menurut majalah Forbes, jumlah pengguna baru Internet dalam masa satu hari ialah 15,000 orang.

Menjelang 2001,

jumlah pengguna Internet di seluruh dunia mencecah 600 juta orang.


Henry Ford mengambil masa 23 tahun untuk mendapatkan satu bilion dolar.

Sam Watson mengambil masa 20 tahun,

Bill Gates, 13 tahun.

Tetapi menerusi internet, Jeff Bezos mendapat bilion yang pertama dalam masa tiga tahun.

Pada penghujung 1993, terdapat lebih 130 laman web dalam Internet.

Pada 1999 jumlahnya meningkat menjadi lebih satu juta dan pada penghujung 2003, jumlahnya diramalkan lebih daripada 100 juta.

Jabatan Pos Amerika mampu menyampaikan kira-kira 330 juta surat sehari.

Menerusi internet, lebih satu bilion surat dikirim dan diterima dalam masa satu hari.

31 Ogos 2009

Rahsia Tahi Lalat Anda??

DAHI KANAN

memiliki gambaran seseorang yang pandai bergaul, sukakan cabaran

DAHI KIRI
memiliki gambaran seseorang yg cerdas, kuat mental dan tahan uji

ALIS SEBELAH KIRI
memiliki gambaran seseorang yang egois, tidak peduli pada kesusahan orang lain

PIPI KIRI
memiliki gambaran seseorang yang boros, banyak halangan

TELINGA KIRI
memiliki gambaran seseorang yang mudah tersinggung, cepat marah

BAWAH ATAU ATAS BIBIR
memiliki gambaran seseorang yang disenangi ramai orang dan murah rezeki

LENGAN
memiliki gambaran seseorang yang berani, kuat, pendiam

PERUT
memiliki gambaran seseorang yang mudah terpengaruh, lemah-lembut dan berhati bersih

PERGELANGAN TANGAN
memiliki gambarn seseorang yang suka menghasut, boros

LUTUT KANAN ATAU KIRI
memiliki gambaran seseorang yang priang, kuat berjalan

PUNGGUNG
memiliki gambaran seseorang yang penyabar, teliti, punya pendirian tetap

DADA
memiliki gambaran seseorang yang keras hati

DAGU
memiliki gambaran seseorang yang tidak boleh dipercayai, banyak cakap

HIDUNG
memiliki gambaran seseorang yang disukai orang, jujur dan murah rezeki

TELIGA KANAN
memiliki gambaran seseorang yang tidk kedekut, bersemangat kental


PIPI KANAN
memiliki gambaran seseorang yang suka menolong dan lembut hati

ALIS SEBELAH KANAN
memiliki gambaran seseorang yang banyak menanggung beban, tidak pernah tenang


SEKADAR MANAMBAH PENGETAHUAN. SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK DAN KEJADIAN ALLAH S.W.T.. WALLAHUALAM..

TRAFFIC HARI INI

Iklan