Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).
* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.
* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terimakasih diatas pemberian suaminya)
* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"
* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.
* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Dalam entry kali nie..saya tak berhajat untuk mengarang terlalu panjang..hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat semua..Pada hari sabtu yang lepas bertarikh 23hb 01 2010..aku bersama sahabat team futsal Aviera, dijemput untuk mengadakan perlawanan futsal dengan satu team futsal yang agak hebat gak la kat UDM nie..tapi tak pa, walaupun kami akan berlawan dengan sebuah team yang hebat nie..kami pun melakukan persiapan seperti biasla..aku bersama dengan sahabat yang lain,merangka strategi yang yang hebat untuk menempuh perlawanan pada petang tersebut..Pada waktu yang dijanjikan, tepat pukul 6 petang, bertempat di Sport Planet Gong BAdak, kami mulakan perlawanan, walaupun kami menerima tentangan yang amat sengit, kami tetap cool menguasai perlawananan..minit berganti minit..Aku seperti biasala, memberi peranan sebagai penyerang pasukan..telah membuat satu jaringan..pelawanan diteruskan seperti biasa, tapi aku tak sangka, dalam tempoh perlawanan itu berlangsung, ada seorang pemain daripada pasukan lawan, agak tidak berpuas hati, dengan cara permainan yang aku tunjukkan, tak taula..setahu aku dah tonjolkan cara permainan yang betul,
tapi nak jadikan cerita..permain lawan tersebut, tidak berpuas hati..dan hampir2 dia nak hinggapkan tangan nya kat muka aku..tapi kwan2 nya dapat menarik budak tersebut keluar padang..Ish2 alangkah kecewa jugak la aku..walaupun dia bersikap macam tue..aku masih bersiikap profesional..untuk tidak menegangkan lagi keadaan...aku perlahan kan corak permainan, dan terus bersikap profesional..bila bermain futsal..Gitula..walaupun hati nie amat kecewa la jugak..walaupun aku kenal budak tue..dia gamak untuk memukul aku sendiri..sedangkan dia tahu..aku nie kawan baik dia..disebabkan berbeza fahaman dalam permainan futsal..dia sanggup ketepikan aku sebagai kawan dia..So aku harapkan kepada sahabat blogger semua..kita sentiasa kene beringat k..Jangan la gaduh2 nak main punya pasal k.. kita hendaklah sentiasa bersikap profesional...kalau nak gadoh..beli bola sendiri..main sorang2..k...Kita main bola..bukan nak gadoh..sampai bila..bola sepak kita nak maju..bila main..keje nak gadoh ja..bak kat orang terengganu..."Pah ceqoh dok maju"..So kesimpulannya..Majulah sukan Untuk UDM"
Syaitan iblis, jin dan malaikat telah dijadikan Allah S.W.T. bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar. Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah S.W.T. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikat dalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah S.W.T. Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah S.W.T . Allah S.W.T ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.
Dari sejak itulah Allah S.W.T. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah S.W.T Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan Syaitan. Adapun erti Syaitan ialah melawan perintah Allah S.W.T. Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-Syaitan yakni nenek segala Syaitan. Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya Syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati,dengki serta marahnya, maka iblis dan Syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya, agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah S.W.T seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam. Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka keduanya terusirlah dari syurga dan terbuang ke dunia ini.
Entry kali ini aku ingin berkongsi dengan pengunjung-pengunjung semua tentang hobi, yang aku fikir ia amat sesuai untuk kita lakukan ketika masa lapang, Ini bukan apa, baru-baru nie semua housmate aku agak berminat untuk memeilikipermaianan kereta control dan helicopter.Akhirnya dengan bermodalkan hanya RM100, housmate aku boleh memiliki Kereta control dan helicoptercontrol yang mereka idam2kan selama nie. Housemate saya
So akunak sarankan kepada semua pengunjung untuk menceburi hobi baru nie, tak perlu laburkan ratusan ringgit, hanya memerlukan lebih kurang RM100 sahaja anda boleh memiliki kereta control dan helicopter tersebut. Tiada jaminan lain yang aku boleh janjikan, melainkan kepuasan apabila melihat kereta anda meluncur laju, dan helicopter anda terbang bak burung yang terbang di awangan.
So sesiapa yang berminat, boleh la mencuba hobi baru nie..Sekurang-kurangnya bila kita penat belajar menelaahbuku, apabila melihat helicopterterbang, sedikit sebanyak tekanan tue dapat dikurangkan (release tension), dan seterusnya dapat menghilangkan tekanan tue, kalau tak caya, boleh la try..Selain itu jugak anda suma boleh mengisi masa lapang yang ada, takla boring sanagt bila hujung minggukan,aku disini nak kongsi beberapa gambar yang sempat aku rakamkan, untuk tatapan pengunjung semuaok..Sekian..
Hari nie aku akan berangakat pulang ke Terengganu. Semester baru dah bermula. Result pun dah dapat, jeng-jeng..Apa citer?? Okla..agak bagus, untuk permulaan semester 1 nie, tapi tak samapi target aku, kalau macam nie semester depan nie kena pulun lagi la..untuk nak dapat first degree kelak nanti..tak pa ada masa lagi, aku yakin aku akan dapat juga untuk sem akan datang..Petang nie aku, aku akan berangakt, dengan bermodalkan RM 59.90..tiket Bas Konsortium(KBES), aku akan bertolak dari Hentian Kamunting Taiping Perak, nie first time aku naik bus nie, nak rasa pengalaman la katakan, sebelum nie asyik balik kot Butterwoth jer, harap-harap selamat la sampai..coz semalam ada excident kat tol utara selatan..Bus Sani Ekspress ..Aku rasa sume baca kot..keluar dalam paper, tak pa, untuk keluarga yang terlibat, aku ucapkan takziah..semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman..Amin..Kite berjumpa esok plak yer..
28hb 12 2009
Aduuhh..sakitnya pinggang aku, aku sekarang berada di bumi bertuah (negeri petroleum)..Terengganu, bukan aku nak mengeluh, tapi itu la yang reality..semalam aku bertolak dari Kamunting, 6.40 petang..Aku ingat dah bertolak awal, sampai la awal kat sini..tapi lain yang jadi..8.15 pagi baru bus aku sampai di Hentian Kuala Terengganu, aku menempuh satu perjalan yang cukup panjang(amboi mcm ayat novel plak..)yer la..mana tak nyer..hampir 14 jam perjalanan aku semalam..Sakit badan habis, bila dok dalam Bus, macam pergi dan balik dari Makkah la plak( perjalanan ke Makkah 7 jam,kalau pergi balik tak 14 jam), sebanyak tiga perhentian bus aku singgah semalam, first sekali di Ipoh, kemudian Temerloh, kemudian Kuantan, dan seterusnya ke Kuala Terengganu, berbanding bila naik di Butterwoth, kalau naik dari sana, hanya mengambil masa lebih kurang 8 jam sahaja, pukul 9 malam bertolak, dalam pukul 5 pagi keesokan harinya samapai la, Mungkin nie kali terakhir aku akan naik dari Kamunting..Kos perjalanan pun mahal, ditambah plak kos perebet sapu yang aku ambik di Hentian Terengganu RM 20+Rm59.90= lebih kurang RM 80, So dengan pengorbanan dari segi wang ringgit yang cukup tinggi, tidak mungkin sekali aku persia-siakan harapan ibu bapa aku, untuk aku berjaya dalam pelajaran aku disini..
29hb 12 2009
Hari nie aku dah bermula pengajian aku..hari first hadir ke kelas..ambik masa juga nak memahami apa yang lecturer perkatakan(kuliah dalam bahasa arab)..al malklum la, cuti lama..kena warming up balik la..dalam seminggu nie, sementara nak kembali pada yang asal,hehe..walaupun baru hari pertama disini, Asignment dah ada, ayoyo..awalnya, tapi nak buat mcm mana, dah menjadi adat dh sebagai pelajar..So aku akan busy cket la nanti, dengan tugasan yang diberi, dengan hafalan Al-quran, So anda nak tahu apa yang akan jadi pada hari seterusnya??bagaimana perjalanan saya disini??aktiviti saya ??tunggu la…baru awal semester..nanti ada masa yang lapang saya akan berkongsi lagi dengan anda semua..InsyaAllah…Doala kejayaan saya disini k…
31hb 12 2009
Dalam taksedar kurang dalam 14 jam lagi kita akan menyambut TAHUN BARU 2010, di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat Tahun Baru kepada Semua pengunjung.. Apa azam tahun baru anda pada tahun ini??Azam Baru aku tahun nie..apa2 pun yang berlaku di tahun 2010..aku akan hadapi segala rintangan dengan penuh kesabaran. dan aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik..InsyaAllah.
Dalam entry kali nie, dalam keheningan malam menelaah buku tentang Keperibadian Rasulullah SAW, hati aku terdetik untuk berkongsi dengan pengunjung blog, salah satu bab dalam buku ini, iaitu Detik Kewafatan Rasulullah SAW, bukan apa..aku cukup tersentuh dengan Sifat peribadi baginda, seorang insan yang cukp dikasihi oleh Allah SWT..So kali ini aku nak semua pengunjung, muhasabbah balik diri kita, tanya pada diri kita, Selama aku memeluk islam, apa pengorbanan yang terbesar kita penah lakukan??So aku nasihat nie bukan untuk korang semua, tapi untuk diri aku sekali...Selamat membaca..
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Holiday di Lyon, France
-
Lyon, France [image: 🇫🇷]
Part 2
Hari ketiga, misi cari pasar basah kat sana. Sebelum ni da Google tapi bila
pergi location, takde pun pasar kat situ, m...
Life's A Journey
-
Life is a journey
Journey to get what you want
To gain what you need
To achieve what you aspire
To look into yourself
Well nobody said a journey is easy
I...
SEPANTAS MASA
-
*Salam,*
*Ada lantunan kuat di dalam hati. Kadang ia tertawa, kadang hati yang sama
menangis. Alhamdulillah, 2 tahun yang pantas berlalu. mengingatkan seti...
Tekanan
-
Assalamualaikum...
Aku sudah cuba untuk menjadi dan memberi yang terbaik. Tahukah kamu, aku
sudah terlalu penat dengan semua tekanan ini? Manis di sini ber...
MAKIN HARI MAKIN SYG
-
*'Mengenangkan diri yang beberapa bln lagi akan menghadapi dunia
realiti,aku termenung...**JAUH**...memikirkan titik persahabatan bersama
teman-teman seku...
Food Hunting- Melaka!
-
Salam Readers. Please try the variety of delicious foods in Melaka. Nanti
menyesal tak cuba. So far, I had discover SEVEN that suits my tongue. I
called it...
-
menulis semula.....sekadar mengisi masa....
aku teringin untuk menulis ketika dan saat ini...
meluah rasa pada benda tak bernyawa..
pada lembaran kertas maya...
PUTARAN SEMAKIN PANTAS
-
ADAKAH AKU TIDAK MENJAGANYA
ADAKAH AKU TIDAK MENGISINYA
ADAKAH AKU LALAI
ADAKAH AKU CUAI
ADAKAH AKU TERLEKA
KERANA AKU RASA
PUTARAN MASA SEMAKIN CEP...
Facebook Akan Ditutup???
-
*Assalamualaikum WBT*
Betul ker? ape2 hal meh kita baca berita bawah ni yang diambil dari laman
blog www.blogtechnical.com:
*Laman Berita Internet Faux*...
salam 1 Malaysia( patriotisme )
-
sudah lama rasanya aku tidak didalam blog anokpokghani ni..
ni semua gara2 tesis yang melanda maklumlahkan tahun akhir...
*tidak rugi rasanya aku menjadika...
BEST WISHES
-
Just wanna to wish my fellow Chinese friends for celebrating Chinese New
Year 2014 Actually..i dont really have many chinese friends..just a few..
so a bi...
Ashanty Berat Hati Temani Om-om, Mabuk, dan Merokok
-
*TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA -* Ashanty pendatang baru di dunia seni peran. Tak
pelak, ia mengalami kesulitan dalam memainkan beberapa adegan yang mesti
ditunt...
Mengenal Ilmu Hadits
-
*Definisi Musthola'ah Hadits*
HADITS ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW baik berupa
perkataan, perbuatan, pernyataan, taqrir, dan seb...
Halwa telinga
-
Ada seorang gadisTermenung di jendelaMemikirkan nasibnyaYang telah
ternodaTerpinggir terhinaKerna dosa-dosa silamnyaIbunya telah tiadaBegitu
juga ayahnyaMe...
‘SINCERE GIVING’
-
My friend once told me a riddle. He asked me, "Do you know who are going
out from their home, riding their bike or driving their car but don't even
car...
Sollu 'alan nabi
-
*Dapatkan Mesej Bergambar di Sini*
assalamualaikum..kalam cyber kembali terisi..;)
semalam,26 Februari 2010,bersamaan dgn 12 Rabiu'l awal 1431Hijrah..hari ...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN
-
Bermunajat di Puncak Jabal Nur, Gua Hira''. Musim Haji 1431H/2010
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah
Persekutuan se...
Hidup Dalam Dunia Sendiri
-
Assalamulaikum dan Salam Sayang,
Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Kami doakan semoga kita
semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat A...
Nazrey Johani Live in Pattani
-
konsert kali ke 2 ini memang saya tak sangka dapat diadakan dipattani. pada
tengah hari itu hp saya berdering beberapa kali dari nombor yang saya tak
ke...