Pages

Ads 468x60px

24 September 2009

Facebook..Adakah ia Benar??anda perlu baca..


Fenomena facebook yang menular diseluruh dunia semakin pesat. Zaman ini sesiapa yang tak kenal di anggap sebagai buta IT??Benarkah??Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa saja bahan yang hendak dicari anda just sentuh papan skrin dan anda akan perolehinya..

Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau seramai 140 juta orang, tetapi baru-baru ini pihak facebook mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna facebook sekarang sudah menjangkau pada angka 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalm tempoh setahun. Jadi tak hairan lah facebook dapat menjana

pendapatan sebanyak AS$300juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakan daripada pihak pengguna, Microsoft telah membeli 1.6% daripada kepentingan facebook yang bernilai AS$240 juta pada 2007. Bagaimana baru-baru ini pengasasnya BILL GATES salah seorang yang turut melayari facebook, mengambil keputusan untuk menutup halaman facebooknya ekoran 10 ribu rakan yang tak dikenalinya berminta untuk menjadi kawannya. Terbaru Syarikat Rusia, Digital Sky Technology telah

melabur sebanyak AS$200 juta..seterusnya telah meningkatkan nilai syarikat tersebut kepada AS$15 Bilion. Bagaimanapun dalam ghairah melayari facebook ini, kerajaan Iran telah menyekat kepenggunaan facebook ini. Tujuannya untuk menghalang para penyokongnya yang bertanding menggunakan facebook ini untuk berkempen. Tindakan kerajaan Iran ini turut disusuli oleh MAJLIS ULAMA INDONESIA(MUI) yang telah mengharamkan penggunaan

facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun lalu. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi penyebab perbuatan yang tidak senonoh dan seks sebelum nikah. Namun begitu, sebelum pengharaman daripada kedua-dua negara itu..desas desus mengatakan penglibatan laman web ini, dalam peperangan di GAZA. Antara blog menjelis Ftahul Hidayah mendedahkan siapakah sebenar pemilik laman web facebook ini..


Siapa Zuckerberg???

Facebook ini dimiliki oleh Mack Zuckerberg, seorang graduan Sains Komputer dari UNIVERSITI HARVARD, Zuckerberg adalah anak kepada pasangan YAHUDI iaitu Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang Doktor GiGi manakala ibunya pula seorang pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang sangat genius komputer sejak kecil lagi.

Malah diceritakan beliau pada umur belasan tahun beliau telah mencipta satu permainan komputer yang dinamakan RISK dan permaianan muzik SYNAPSE . Facebook dilancarkan pada 4 Febuari 2004 dari bilik asramanya, adalah bertujuan mahasiswa Harvards untuk berinteraksi antara satu sama

lain. Bagaimanapun diatas permintaan ramai ia dikembang disekitar Universiti berdekatan. Mark juga semasa menutut, beliau pernah menggodam laman web Universiti untuk mendapatkan fail peribadi pelajar tanpa kebenaran. Majalah TIME, mengikhtiraf Zuckerberg pada rangking ke 52 daripada 101 sebagai

tokoh yang berpengaruh didunia 2008, sebaris nama besar seperti Barack Obama Presiden Amerika Syarikat. Majalah Forbes Top 400, menyenaraikan Zukcerberg sebabai individu ke 321 terkaya di Amerika daripada 400 individu yang lain pada 2008. Zuckerberg adalah individu yang termuda yang disenaraikan oleh majalah Forbes ketika umur beliau mencecah 24 tahun dengan kekayaan USD 1.5 Billion.

Apa Kaiatan Zuckerberg dengan Israel??

Semasa di Universiti Harvads, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi ( AEPi), Alpha Epsilon pi adalah petubuhan mahasiswa Yahudi yanng amat terkenal di Amerika Syarikat dan di Kanada. Kaitannya dengan Israel ialah , petubuhan ini ialah pertubuhan yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan Israel. Pertubuhan ini membuka selruh keahliannya kepada pelajar-pelajar Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat..Ia adala bertujuan untuk membina keyakinan mahasisiwa yahudi agar menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

Bagaimana Facebook mendapat keuntungan?

Menurut Rizky, facebook mendapt keuntungan melalui iklan-iklan yang banyak dipaparkan. Dari pada penelitian, iklan yang terdapat di facebook mempunyai sistem yang berbeza. Misalnya mengguna sistem (CPS) cost perclick. Sekali click $0.50. Sekiranya ada 1000 orang mengelik pada iklan tersebut dalam masa satu hari, maka facebook akan memperoleh pendapatan sebanyak $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jikan 10 hingga 20 iklan, jumlah pendapatan facebook anda kira lah sendiri..Jika itu jumlah wang yang diperolehi, cuba anda bayangkan berapa jumlah wang yang disalurkan untuk peperangan di Gaza. Yang menyedihkan, sebahagian pendapat tersebut di sumbangkan oleh sebilangan oleh umat islam.

Al-Islam september 2009

12 September 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson..Anda Baca dan Anda Pikir ..

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat
penyayang. Banyak
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan
amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera
kanak-kanak dan
bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal
mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam
badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil
selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil
menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang
konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan
yang bakal memberikan impak yang
sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan
ketenangan yang
dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ
telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun
1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya

telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya

mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi.

Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan
pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya
sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah
tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah
semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang
pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ
telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas
kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar
sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis
memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan
anaknya.Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan
berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang
Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan
lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama
Yusof Islam.Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert
terakhirnya bukannya
di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan
selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya
saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan
mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ
didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya
seolah-olah mereka tak
tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada
pihak yang cuba
melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak
hospital mengatakan
hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan
sedangkan teknologi
sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah
private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan

hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic,
satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil
secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut
MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan
ubat tersebut.
Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah
ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat
Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

"Saya suka MJ.... Saya membesar mendengar lagunya. Ia
satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam
kematiannya".

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada
konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan?
Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan
untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA
telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan
secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat
hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam
di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara
Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah
keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada
dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorangIslam.



09 September 2009

KFC..Jangan Mudah Tertipu ok...

Salam Hari Ini Terasa Saya Ingin berkongsi satu pengalaman dengan pengunjung-pengunjung semua..Minggu lepas, saya bersama sahabat-sahabat saya berpeluang berbuka puasa di KFC..Almaklumlah..dh excited lama tak makan KFC ..So kami serumah pergi la ke sana..Kami agak terpesona dengan menu-menu yang terhidang dihadapan kami..Salah seorang sahabat saya ada memesan satu menu yang masih popular dalam iklan t.V sekarang Shrimp StiX...Tapi apa yang beliau perolehi indah kabar dari rupa...Cukup bijak pihak KFC memperdaya pelanggan2 mereka dengan mengguna iklan...So disini saya ingin berkongsi beberapa gambar..dan saya berharap..Korang Sume..tak mudah tertipu dengan iklan2 KFC yang disajikan kepada kita selama ini...Tepuk Dada Tanya Selera ok..

06 September 2009

Fakta Menarik Internet

Adakah Anda Tahu???

Radio mengambil masa 38 tahun untuk mendapatkan 50 juta orang pendengar.

TV, mengambil masa 13 tahun untuk memperolehi 50 juta penonton.

Tetapi Internet berjaya memikat 50 juta pengguna dalam masa empat tahun.

Menurut majalah Forbes, jumlah pengguna baru Internet dalam masa satu hari ialah 15,000 orang.

Menjelang 2001,

jumlah pengguna Internet di seluruh dunia mencecah 600 juta orang.


Henry Ford mengambil masa 23 tahun untuk mendapatkan satu bilion dolar.

Sam Watson mengambil masa 20 tahun,

Bill Gates, 13 tahun.

Tetapi menerusi internet, Jeff Bezos mendapat bilion yang pertama dalam masa tiga tahun.

Pada penghujung 1993, terdapat lebih 130 laman web dalam Internet.

Pada 1999 jumlahnya meningkat menjadi lebih satu juta dan pada penghujung 2003, jumlahnya diramalkan lebih daripada 100 juta.

Jabatan Pos Amerika mampu menyampaikan kira-kira 330 juta surat sehari.

Menerusi internet, lebih satu bilion surat dikirim dan diterima dalam masa satu hari.

31 Ogos 2009

Rahsia Tahi Lalat Anda??

DAHI KANAN

memiliki gambaran seseorang yang pandai bergaul, sukakan cabaran

DAHI KIRI
memiliki gambaran seseorang yg cerdas, kuat mental dan tahan uji

ALIS SEBELAH KIRI
memiliki gambaran seseorang yang egois, tidak peduli pada kesusahan orang lain

PIPI KIRI
memiliki gambaran seseorang yang boros, banyak halangan

TELINGA KIRI
memiliki gambaran seseorang yang mudah tersinggung, cepat marah

BAWAH ATAU ATAS BIBIR
memiliki gambaran seseorang yang disenangi ramai orang dan murah rezeki

LENGAN
memiliki gambaran seseorang yang berani, kuat, pendiam

PERUT
memiliki gambaran seseorang yang mudah terpengaruh, lemah-lembut dan berhati bersih

PERGELANGAN TANGAN
memiliki gambarn seseorang yang suka menghasut, boros

LUTUT KANAN ATAU KIRI
memiliki gambaran seseorang yang priang, kuat berjalan

PUNGGUNG
memiliki gambaran seseorang yang penyabar, teliti, punya pendirian tetap

DADA
memiliki gambaran seseorang yang keras hati

DAGU
memiliki gambaran seseorang yang tidak boleh dipercayai, banyak cakap

HIDUNG
memiliki gambaran seseorang yang disukai orang, jujur dan murah rezeki

TELIGA KANAN
memiliki gambaran seseorang yang tidk kedekut, bersemangat kental


PIPI KANAN
memiliki gambaran seseorang yang suka menolong dan lembut hati

ALIS SEBELAH KANAN
memiliki gambaran seseorang yang banyak menanggung beban, tidak pernah tenang


SEKADAR MANAMBAH PENGETAHUAN. SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK DAN KEJADIAN ALLAH S.W.T.. WALLAHUALAM..

22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Puasa

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun Dan maaf jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S...W.T, insyaallah.

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram...Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

15 Ogos 2009

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari,

seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat

menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,

pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan

dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,

yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu,

itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya

menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu

dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu

gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi

sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,"

katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui

bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.

Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu

dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.

Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.

Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan

hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau

sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah,

pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.

Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk d

engan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda,

di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan

undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt.

Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas

jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Wallahualam bissawab.

TRAFFIC HARI INI

Iklan