Pages

Ads 468x60px

21 Julai 2009

Boikot Maxis???Kenapa???

Kawan-kawan, kalian mengaku seorang Islam yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, maka segeralah boikot Maxis 012/017.

Alasan 'susah' kalau bertukar ke nombor lain, atau sebab semua orang dah tahu
nombor 012 kita tu...tak boleh diterima.Jika kalian masih menyokong 012/017 ertinya kalian sendiri meminggirkan agama Islam, kalian jugalah yang
menghina kesucian Islam.

Ikhwah yang dikasihi kerana Allah, ini adalah pendapat ana boleh jadi benar boleh jadi salah oleh itu kalau benar ikutlah dan kalau ada dalil atau hujah yang
lebih kuat berdasarkan Al-Quran dan sunnah maka sila nyatakan pada ana. Kerana kita adalah generasi yang ditarbiah, panduan kita adalah Al-Quran dan sunnah untuk mencari kebenaran seperti yang disarankan Allah dalam surah Yusuf,(12:108)

"Katakanlah (Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku
dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci
Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

Syarikat telekomunikasi MAXIS merupakan sebuah syarikat telekomunikasi sangat berpengaruh dan banyak digunakan oleh masyarakat Malaysia hatta tidak terkecuali ikhwah mahupun akhawat. Pemilik syarikat ini adalah Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Robert Khoo, jutawan gula. Selain MAXIS , Ananda Krishnan juga merupakan orang
yang bertanggungjawab membawa ASTRO masuk ke Malaysia yang menyebabkan banyak gejala kerosakan akhlak berlaku dan melalaikan ramai orang Islam tehadap tanggungawab mereka terhadap Islam. Selain itu, dia
juga merupakan antara penyumbang utama program berbentuk maksiat yang sangat terkenal iaitu AKADEMI FANTASIA yang melahiran ramai perosak
masyarakat. Perkara yang lebih parah lagi adalah dia akan menyumbangkan 10% setiap tahun daripada keuntungannya kepada Persatuan India Sangam Malaysia iaitu antara sebuah persatuan yang yang mendokong penubuhan
IFC (InterFaith Commision) yang membolehkan undang-undang Islam digubah oleh sebuah gagasan yang nak diwujudkan apabila dirasakan ia tidak relevan lagi dengan z aman sekarang menurut tanggapan mereka. Ini jelas-jelas menunjukan mereka menyerang Islam dan mencabar hukum Allah swt. Mereka ini jelas-jelas KAFIR HARBI. Tidakkah kita sensitif dengan ayat Allah dalam surah
al-Anfal,(8:39), "Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah 1dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah 2. Jika mereka berheni (dari kekafiran) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" dan ayat lain surat al-Maidah(5:54), "dari awal ayat...maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNYa,yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang yang suka mencela.....hingga akhir ayat" Oleh yang demikian ana menyarankan ikhwah sekalian supaya memBOIKOT MAXIS kerana Ia mengancam Islam. Sanggupkah antum memberi sumbangan pada MAXIS untuk menghancurkan Islam padahal antum beriktikad dalam hati dengan penuh keazaman dan keikhlasan untuk membela agama Allah swt.?

Bukanlah ana berkata kita tidak boleh pakai handphone kerana penggunaan handphone adalah tergolong dalam maslahat Al-Hajiyyat (perkara-perkara yang
diperlukan) untuk zaman sekarang untuk melancarkan perjalanan dakwah cuma kita ada banyak alternatif lain umpamanya CELCOM yang pemiliknya melayu yang beragama Islam. Tidak dapat dinafikan CELCOM juga ada melakukan
program berbentuk maksiat tetapi tidak semudarat MAXIS. Antara kaedah usul fiqh yang boleh dipakai disini adalah "Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar,maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil 3"
"Melakukan al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar 4" Ana yakin kita semua tentu telah baca dan tahu bahawa Assyahid Imam Hassan Al-Banna telah mengariskan 38
kewajipan Al-Akh yang mesti diamalkan oleh kita. Sila rujuk kewajipan yang ke 21 yang berbunyi : "saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secar umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidah jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam 5" Tujuan ana menulis ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk mengingatkan diri ana supaya menyampaikan yang haq. Ana yakin ramai ikhwah dan akhawat yang tidak tahu perkara ini jadi ana sampaikan supaya kita sama-sama akan sedar dan terus bertukar talian selain MAXIS seterusnya terus beriltizam dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk terus berjuang
untuk menegakkan Agama Allah yang sangat kita cintai ini.Ana bukan yang terbaik untuk menulis artikel ini, sekadar hendak melaksanakan kewajipan ana
sebagai hamba Allah seperti dalam firman Allah surah Ali-Imran,(3:104)
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar ; merekalah golongan yang beruntung"
dan juga hendak menyahut saranan Asssyhid Imam Hassan Albanna dalam 38 kewajipan al-Akh muslim yang ke 8 yang berbunyi "Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan.Keberanian yang paling mulia ialah berterus- terang
demi haq dan kebenaran, menyimpan rahsia,mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan". Sekali lagi ana tegaskan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan ini tolong tegur ana supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah tapi pastikan kemukakan hujah atau dalil yang lebih kuat daripada ana kerana Islam berdiri atas dasar hujah Al-Quran
dan Sunnah bukan menurut fikiran dan perasaan.

15 Julai 2009

Hari ini dalam Sejarah

Tanggal 15.07.2009
Hari nie merupakan hari bersejarah saya..coz selama 3 tahun sy belaja..akhirnya saya berjaya menggenggam skrol Diploma...yang amat menggembirakan saya sebab sy dapat raikan kejayaan saya nie..ngan mak,ayah dan abang saya..disini saya kongsi beberapa foto konvokesyen saya yang berlangsung pada pagi td...




13 Julai 2009

Sekapur Sireh DI UDM

salam semua..

First sekali saya mintak maaf kerana dah lama tak update blog,BUsy cketla..Alhamdulliah apa2 pun saya panjat seribu kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana izin dan rahmatnya saya dapat menyambung pengajian saya dalm bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam( Syariah) pada 28 hb 7 2009 baru2 ini..Dan saya juga panjatkan kesyukuran saya, kerna dalam tempoh 3 tahun saya memperhambakan diri dalm menuntut ilmu dalm bidang yang sama,akhirnya saya dapat naik pentas untuk mengambil skrol Diploma saya dalam KONVOKESYEN buat KALI PERTAMA. di Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza..pada 15 hb 7 2009...dalm kesibukan kuliah kelas di awal semester nie..sy berharap sy dapat berkongsi pengalaman saya dalam tempoh dua minggu saya berada disini..Almaklum la..jadi student barukan..Insya Allah saya akan Kongsi beberapa foto,bersama rakan2 sy ketika tempoh orientasi ari tue(update soon)...2 hari lg,esok ibu dan ayah saya,bersama ngan abang sy akan bertolak...tak sabar rasa nak menunggu kedatangan mereka.. Mungkin ini lah saat yang sebenar,yang amat nanti2kan...Iaitu Konvokesyen..Ini lah Hadiah sy kepada mereka..terima kasih mak ayah,yang selama nie tak pernah jemu beri sokongan kat alam dalam tempoh pengajian alam di sini...

24 Jun 2009

PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI


Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari
akan bergerak dalam satu angkatan.”
”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter,
ia meliputi seluruh kawasan sekitar…

bukan sahaja di permukaan,
malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.”

Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan, beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.
Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.


Dengan meluncur di bawah ombak, ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.

Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
“Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin. “

Stilt fishing di Sri Langka...cabaran bagi kaki pancing di Malaysia, sanggup ke?

MEMANCING CARA SRI LANKA

Satu-satunya pandangan yang menarik di Sri lanka ialah
memancing dari atas kayu pancang (stilt fishing).

Ia adalah tradisi lama di Sri Lanka..
Anda boleh nampak mereka duduk di atas papan kecil
yang diikat ke kayu pancang dengan harapan mendapat tangkapan.






Meskipun kelihatan begitu menarik,
apa yang dialami oleh penangkap ikan ini bukannya menyeronokan.

Mereka duduk berjam-jam di atas papan kecil dengan harapan
dapat menangkap seekor-dua ikan sekecil 5sm,
kerana lautan yang bergelombang menjauhkan ikan-ikan yang lebih besar..

Dan, harga seekor hanyalah 2 sen!
Sukarnya mereka memperoleh rezeki.
Namun mereka tetap sabar menghadapinya

Bismillahirahmanira him…

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Al-Baqarah 2:155

20 Jun 2009

JOM makan Durian...

4 minggu lagi....aPA aKAN tERJADI..sebarkan..

TOLONG SEBARKAN ALLAH HU AKBAR

Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat...matikan kami saat
iman kami paling tinggi YA ALLAH!! Mudah-mudahan ianya tak
akan diluluskan.. .Bertindaklah sebelum terlambat Bahaya IFC Diantaranya ialah :-

Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysia menuntut supaya :

1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid, diberi sama
kepada agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll.. (bermakna. adA mesjid Negeri ada juga tokong Negeri, kuil Negeri, gereja Negeri. Imam masjid dpt elaun... sami dpt elaun, paderi dpt elaun )

2. orang islam dibenarkan berkahwin dgn bkn islam TANPA pasangannya memeluk agama islam, dan orang islam DIBENARKAN KELUAR islam untuk berkahwin dgn bkn islam( MURTAD ) ( PERSAOLANNYA NAK NIKAH KAT KADI KE KAT SAMI KE, PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)

3. Anak orang islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan ia bebas memilih agamanya selepas 18 thn. ( bermakna kita tak boleh AZANKAN anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak leh ajar sembahyang, takleh ajar pose.. lepas 18 thn dia
pasti pilih agama BLACK METAL. NABI BERPESAN: TERPUTUS LAH HUBUNGAN
DUNIA ANAK ADAM SELEPAS MATI MELAINKAN 3 PERKARA. AMAL
SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK YANG SOLEH. Haa... boleh ke
anak agama Black Metal doa kat kita...?

4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepada semua agama dan bangsa.. ( zakat
fitrah dikutip daripada orang islam je.. yang hampa nak sekali pasal? Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. (ALLAH BERFIRMAN: AGAMA KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA KACAU AGAMA KAMU.. BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH POKOK BESAR, TEPI JALAN, DLM GUNUNG, SAMPAI TUTUP JLN BILA
MUSIM THAIPUSAM, BERIBU POLIS ISLAM DOK JAGA.., LAGI TOLONG
KAT HAMPA.. ( kalau ceramah agama beribu polis dok sembur ayaq... ) Dan banyak lagi perkara yang depa nak ganggu hak umat islam di Negara Malaysia ni.. kalau nak
keterangan lanjut call no tel kat bawah nanti...

Wahai saudaraku... . ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerun org kafir terhadap orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasa gerun terhadap orang kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran, muzik bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah kemungkaran berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak, harta negeri beredar dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada yg salah paham ) Palestin kena godam, pasal arab tak habis2 perang saudara puak sunnah ngan syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik
pengajaran kot... jgn dok sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau minat beli je album, sudah laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal jambatan bengkok... ( lurus pun berapa kali hampa gi
s'pore sebulan! )

Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan kancil...) Takan latak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak kena godam ngan yahudi ala Malaysia ni.. jgn
sekadar nama je Muhammad, Abdullah, Ahmad, Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah, Adam, Isa, Musa,Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau Allah Tanya..
" apa yang kamu telah buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci, dipermainkan
dan diancam oleh orang kafir" dan kita jawab
" eh.... tak
perasan pulak...!, sebab
hari tu mawi ngan siti ada gossip " Mari lah saudara
ku kita bersatu,
saya merayu pada yang bijak pandai, yang kaya, yang
berpangkat,
yang
berpengaruh, yang bangsawan, yang belum kena sawan agar
kita bersatu dlm
hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2 kuasa yang
dianugrahkan allah
untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali, AP kemudian,
jambatan
bengkok tak layan, menteri gaduh.. depa cari makan......

Wassalam...

KAMI: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli
Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As
Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.
Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam
di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja
lagi untuK membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau
LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.

Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk
penjelasan lebih
lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang
perkara ini. Sila
sebarkan berita ini kepada semua
orang Islam kerana isu ini amat
serius....
APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA
HANYA ADA DUA PILIHAN..... . TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN....
1) MENENTANG KUMPULAN

PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU
2)MENYOKONG SECARA

TERBUKA ATAU SECARA SENYAP (Dengan tidak membuat apa-apa)
ATAU BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.

12 Jun 2009

Laksa Penang Kak Kiah_Kamunting









Salam Sume..Kalu korang Nak tahu, niel gerai mak saye..Mai la Kamunting,Famous dh laksa penang nie..Adala 3,4orang artis dh la merasai penangan laksa penang mak sy nie..antaranya..Anjang Aki (Burhanuddin Omar)..Lan Zailan(kalu korang tengok Drama "Segalanya KUterima"sebagai pak mail), Sapura ngan husband dia, pelakon budak Edy asyraf(pelakon budak "tentang BULAn") n ada la dua tiga orang lagi...Murah ajjer..

Semangkuk : RM 2.00

Bawa Balik(bungkus) : RM 2

Jemput la sume k..

02 Jun 2009

JOHN 3:16_Ambil Perhatian Semua


Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang
memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak
tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau
hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau
menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat
terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan
dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya
kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang
kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah
sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan
kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang
salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap
mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai
hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

01 Jun 2009

Kisah Sepasang Suami Isteri dengan anaknya_Harus Baca Nie !!!!

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di
luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak
tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah
kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia
menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.."
katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan
ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah..
Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita
sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur
jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

TRAFFIC HARI INI

Iklan