Pages

Ads 468x60px

10 April 2010

Cinta Seorang Lelaki

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:



1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.



HARGAILAH MEREKA..

09 Mac 2010

Sajak SeoRang Anak pada Ibunya...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati.... mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. . Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada…Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak


Mungkin bila ingiin menceritakan tentang pengorbanan ibu..tidak terkira kita ingin garapkan..

Sampai bila kita ingin melihat Ibu menangis dek perengai kita yang sentisa lupa akan mereka..

Ibu tak mengharap 1001 hata kekayaan daripada kita, mereka hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang seperti mereka berikan kepada kita sewaktu kecil dahulu..

Ayuhh..kepada sahabat-sahabat sekalian..Hargailah ibu kita selagi mereka ada didunia.. tiada rugi satu sen pun..Bila kita mengorbankan masa, jiwa, , harta…kepada IBU kita sendiri…Kasih Ibu BAwa Kesyurga….

Sebagai Anak yang sentiasa merantau jauh diperantauan..Ringan2 kan la tangan anda..untuk menelefon..ibu yang ada di Kampung..Sekali panggilan anda dah memadai..untuk menggembirakan mereka...

28 Februari 2010

WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA

Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.

* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terimakasih diatas pemberian suaminya)

* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.

* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.

25 Februari 2010

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

21 Februari 2010

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

25 Januari 2010

Gaduh..gaduh.!!!! salah Siapa??

Dalam entry kali nie..saya tak berhajat untuk mengarang terlalu panjang..hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat semua..Pada hari sabtu yang lepas bertarikh 23hb 01 2010..aku bersama sahabat team futsal Aviera, dijemput untuk mengadakan perlawanan futsal dengan satu team futsal yang agak hebat gak la kat UDM nie..tapi tak pa, walaupun kami akan berlawan dengan sebuah team yang hebat nie..kami pun melakukan persiapan seperti biasla..aku bersama dengan sahabat yang lain,merangka strategi yang yang hebat untuk menempuh perlawanan pada petang tersebut..Pada waktu yang dijanjikan, tepat pukul 6 petang, bertempat di Sport Planet Gong BAdak, kami mulakan perlawanan, walaupun kami menerima tentangan yang amat sengit, kami tetap cool menguasai perlawananan..minit berganti minit..Aku seperti biasala, memberi peranan sebagai penyerang pasukan..telah membuat satu jaringan..pelawanan diteruskan seperti biasa, tapi aku tak sangka, dalam tempoh perlawanan itu berlangsung, ada seorang pemain daripada pasukan lawan, agak tidak berpuas hati, dengan cara permainan yang aku tunjukkan, tak taula..setahu aku dah tonjolkan cara permainan yang betul,
tapi nak jadikan cerita..permain lawan tersebut, tidak berpuas hati..dan hampir2 dia nak hinggapkan tangan nya kat muka aku..tapi kwan2 nya dapat menarik budak tersebut keluar padang..Ish2 alangkah kecewa jugak la aku..walaupun dia bersikap macam tue..aku masih bersiikap profesional..untuk tidak menegangkan lagi keadaan...aku perlahan kan corak permainan, dan terus bersikap profesional..bila bermain futsal..Gitula..walaupun hati nie amat kecewa la jugak..walaupun aku kenal budak tue..dia gamak untuk memukul aku sendiri..sedangkan dia tahu..aku nie kawan baik dia..disebabkan berbeza fahaman dalam permainan futsal..dia sanggup ketepikan aku sebagai kawan dia..So aku harapkan kepada sahabat blogger semua..kita sentiasa kene beringat k..Jangan la gaduh2 nak main punya pasal k.. kita hendaklah sentiasa bersikap profesional...kalau nak gadoh..beli bola sendiri..main sorang2..k...Kita main bola..bukan nak gadoh..sampai bila..bola sepak kita nak maju..bila main..keje nak gadoh ja..bak kat orang terengganu..."Pah ceqoh dok maju"..So kesimpulannya..Majulah sukan Untuk UDM"

13 Januari 2010

Asal-Usul Kewujudan Syaitan

Syaitan iblis, jin dan malaikat telah dijadikan Allah S.W.T. bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar. Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah S.W.T. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikat dalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah S.W.T. Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah S.W.T . Allah S.W.T ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.


Dari sejak itulah Allah S.W.T. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah S.W.T Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan Syaitan. Adapun erti Syaitan ialah melawan perintah Allah S.W.T. Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-Syaitan yakni nenek segala Syaitan. Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya Syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati,dengki serta marahnya, maka iblis dan Syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya, agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah S.W.T seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam. Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka keduanya terusirlah dari syurga dan terbuang ke dunia ini.

TRAFFIC HARI INI

Iklan