Pages

Ads 468x60px

13 Julai 2010

GAJI CEO-CEO DAN ORANG BESAR MALAYSIA

Hari nie aku teringin sangat nak kongsi ngan korang suma, tentang gaji ceo-ceo kat Malaysia, bukan apa keje aku kadang-kadang depan LAPTOP nie, asyik2 tengok gaji orang jer..Mungkin bila aku tengok gaji mereka nie tinggi, mungkin gak la, sikit sebanyak dapat bagi aku semangat yang tinggi untuk berjaya mcm depa gak suatau hari nanti..InsyaAllaha Usaha Tangga kejayaan orang kata, so bagi aku suma tue tak jadi masalah yang penting kita usaha untuk memiliki nya..Betul tak?? Bila pikir-pikir, gaji sebulan dah sejuta lebih..huh, bende apa yang nak pun petik ja jari leh dapatkan..kadang2 berangan gak aku nie...apa2 pun, bagi aku biar la duit setinggi mana pun..duit untuk AKHIRAT jangan la lupa cari lak yer...ok jom kita tengok gaji sorang2 k..selamat membaca...

BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI
Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.
PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

  • Gaji Perdana Menteri RM 22,826.65 sebulan
  • Gaji Timbalan Perdana Menteri RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
    s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
    US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
    £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
    AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000



wah sekarang aku nak bercerita tentang gaji CEO BESAR TNB kite nie pulak yer..Dulu penah kecoh gak la tentang gaji dia..Diantara CEO syarikat GLC kta negara kite nie lakan aku rasa la..beliau la gaji yang paling banyak sekali..mana tak nya, gaji pun dah cecah juta sebulan..memang kaya dia nie..kalau tak cayer tengok statement nie :

NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00

Agak-agak sapa la mamat sorang nie, yang penting nama dia bukan mamat k..kalau korang nak kenal yang nie CEO SYABAS, SELANGOR..Bos besar air Selangor yang nie la...



NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

Macam mana la, beliau tak termasuk antara 40 orang terkaya di Malaysia, tengok la gaji bulan dia pun. dah leh tahan ber tahun dah untuk makan..hihi. aku rasa memang layak la depa gaji mcm tue, mungkin berkat usah mereka sendiri... so kita yang orang kebanyakan nie jangan la pertikai gaji2 mereka nie..kalau nak dipikirkan ingat mudah ka jadi CEO, mereka nie ibarat pemandu sesebuah syarikat, kalau silap la jalan di bawanya maka silap arahtuju mereka..so memang depa layak la memilik kekayaan seperti nie..dan tak mustahil bagi kita nie untuk jadi mcm mereka nie pada masa akan datang,so apa lagi kene usaha la yer,Amin....

14 comments:

akuoku.blogspot.com berkata...

mohon copy paste...

Tanpa Nama berkata...

diorg mmg layak jadi CEO. tapi utk dpt gaji sebanyak tu, adalah melampau. sedangkan gaji mereka dibayar oleh duit rakyat. minta maaflah sbb saya masih x bole terima rasionalnya melainkan malaysia ni melimpah ruah ngan minyak cam qatar atau arab saudi

Unknown berkata...

hasil bumi malaysia ni byk tapi rakayt masih byk yg miskin

Tanpa Nama berkata...

btl ke ni..kt mne ko dpt sumber ni?

Tanpa Nama berkata...

tak der masalah gaji diorang besar..memang layak diterima...

berbaloi dgn tanggungjawab yg dipikul

Tanpa Nama berkata...

yg kaya raya org atasan...yg hidup ssh org bawahan...hurmmm....

Terbelog berkata...

yang kaya bartambah kaya

Tanpa Nama berkata...

Aku bab2 nk mmg benci nk baca komen, kebanyakan org tau blame je, letak diri sendiri kt position dorg tngok kau boleh buat x boleh.hahaha ape2 pun x bole..

Reyyan berkata...

mohon copy

Muhamad Aslam Ahmad berkata...

Admin : Silakan....selamat berkongsi

Tanpa Nama berkata...

betul, memang layak gaji diaorang tinggi, Ceo @ Chief Executive Officer, juga dikenali sebagai ketua pegawai eksekutif atau juga "Big Boss".
Segala keputusan ditangannya. Maju atau mundur sesebuah syarikat, organisasi terletak ditangannya.
Sebab itu gaji dia tinggi.

Naziman berkata...

Punya la kaya. Bukan sikit gaji begitu. Kalau saya nak dapat bertahun baru sama pendapatan sebulan dorang,

Tanpa Nama berkata...

yg kaya memang la bertambh kaya .sbab diorang keje rajin usaha. yg miskin bertambh miskin sbab x behenti mengeluh.x boleh tgk org lain senang.

Tanpa Nama berkata...

setuju2x...apa2 pn, rezeki tu kehendak Allah, kita cuma perlu usaha dn berdoa sj,insya Allah

TRAFFIC HARI INI

Iklan