25 Januari 2010
Gaduh..gaduh.!!!! salah Siapa??
13 Januari 2010
Asal-Usul Kewujudan Syaitan
Syaitan iblis, jin dan malaikat telah dijadikan Allah S.W.T. bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar. Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah S.W.T. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikat dalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah S.W.T. Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah S.W.T . Allah S.W.T ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.
Dari sejak itulah Allah S.W.T. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah S.W.T Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan Syaitan. Adapun erti Syaitan ialah melawan perintah Allah S.W.T. Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-Syaitan yakni nenek segala Syaitan. Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya Syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati,dengki serta marahnya, maka iblis dan Syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya, agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah S.W.T seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam. Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka keduanya terusirlah dari syurga dan terbuang ke dunia ini.
04 Januari 2010
Hobi BAru..Anda boleh Cuba..
Housemate saya
So aku nak sarankan kepada semua pengunjung untuk menceburi hobi baru nie, tak perlu laburkan ratusan ringgit, hanya memerlukan lebih kurang RM100 sahaja anda boleh memiliki kereta control dan helicopter tersebut. Tiada jaminan lain yang aku boleh janjikan, melainkan kepuasan apabila melihat kereta anda meluncur laju, dan helicopter anda terbang bak burung yang terbang di awangan.
So sesiapa yang berminat, boleh la mencuba hobi baru nie..Sekurang-kurangnya bila kita penat belajar menelaah buku, apabila melihat helicopter terbang, sedikit sebanyak tekanan tue dapat dikurangkan (release tension), dan seterusnya dapat menghilangkan tekanan tue, kalau tak caya, boleh la try..Selain itu jugak anda suma boleh mengisi masa lapang yang ada, tak la boring sanagt bila hujung minggukan,aku disini nak kongsi beberapa gambar yang sempat aku rakamkan, untuk tatapan pengunjung semua ok..Sekian..