Pages

Ads 468x60px

10 Ogos 2009

Bila Isteri Merajuk..Apa yang patut kita lakukan??

Untuk yang dah digelar suami, yang akan jadi suami dan yang

teringin nak jadi suami yang berada didepan komputer.

Semoga dirahmati Allah (Isteri pun boleh baca)


BILA ISTERI MERAJUK

Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi
sekejap,sembahyang'asar kemudian capai reket badminton
terus ke gym beriadah
dengan sahabat-sahabat
untuk memenuhi tuntutan jasmani kita.

Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat apa-apa,
isteri kita dah minta tolong
belikan itu dan ini dan macam-macam lagi.
Disebabkan dah berjanji dengan sahabat untuk
tepat sampai ke gym jam 5.30 petang, kerana sewa bermula
jam 5.30 juga, kenalah jaga
imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita
terus aje memberikan alasan
untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata
"Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun abang belikan,
pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli,
bukan jauh pun kedai tu..."

kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi
diterima dengan hati yang terbuka.
Tetapi belum sempat kita menarik nafas
untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup
isteri kita menyembur
macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu
tolong dia. Keluarlah macam-macam peristewa silam yang
dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan kita

tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata,

"YAH, TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG,
ABANG NAK MAKAN

KUIH SEDAP-SEDAP,PI BELI SENDIRI...
YAH FED-UP DENGAN

ABANG!.."

sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!"
terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu.
Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku.
Takkan sebab tak mahu ke kedai dah
merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala.
Lagi pening kalau anak-anak
juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu

bilik masing-masing melihat lakunan

"heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.

Kita mula naik geram, nak ditinggalkan, dan terus
bermain badminton,
rasa pula tak boleh nak tumpu kepada permainan.
Nak tunggu hingga isteri tu reda,

entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari,
malah kadang-kadang
mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula.
Kita pun telefon sahabat

minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan
kerja-kerja yang isteri kita
tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada suami-suami
yang nak buat.

Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?

1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah
dalam Surah An-Nisa'

ayat :19 bermaksud

: " ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu)
dengan cara yang baik.
Kemudian jika kamu
(merasai)benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya)
janganlah kamu terburu-buru(menceraikannya), kerana boleh jadi
kamu benci sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci
itu kebaikan yang banyak
(untuk kamu)."

Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah
takdirkan berlakunya
merajuk oleh isteri kita tu.
Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA.
Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk,
maka kita terus ke gym dan di sana mungkin
kita terkena bala atau musibah yang
kita sendiri tidak mampu memikulnya.

2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan
rajuknya itu mengikut kepuasannya.
Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara
yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini,
mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan.
Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat.

Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri
kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam
"hardisk" mereka.

Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan
tiba juga untuk depa semburkan kesemua files kepada kita.
Proses semburan ni pun tidak lama.
Paling tinggi 10 minit.

Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik dan membasah
bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya,
depa dah "lega" lah tu.

3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca
dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok baru lah kita
cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba nak pujuk,
nanti tak pasal-pasal kena sesiku sulongnya di dagu kita.

Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tak menjadi, cuba lagi
dengan strategi lain.Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tak
mahu pujuk dia.

4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak "mengorat" kita kembali,
maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif.
Dia akan segan-segan silu
meminta sesuatu dari kita.
Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai
posman.Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah
berkahwin bertahun-tahun.

Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni,
laksana kita mula-mula bercinta dulu.
Rasa cinta akan menyegar kembali.
Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyuman.
Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita.

Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia
"tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya.

5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu.
Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum.
Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34:
untuk tindakan kita selanjutnya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan

sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang soleh,

ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara(mereka).

Wanita-wanita yang kamu khuawatirkan nusyuz,
maka nasihatilah mereka dan (jika mereka
berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan
(kalau mereka masih berdegil)
pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah
kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini.
Minta dari Allah untuk hindarkan
perkara-perkara yang memberatkan kita dengan
doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita

: " Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari
isteriku dan kebaikan fitrah
tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung
kepadaMu dari keburukan

isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".

Selamat menantikan isteri merajuk

Wassalam

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai Manusia! Laksanakan amalan-amalan
menurut kemampuan kamu.

Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum
kamu merasa bosan.

Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun
berterusan."
(H.R. Muslim)




4 comments:

Tanpa Nama berkata...

tengkiu... isteri aku tgh merajuk kat umah ni. hahaha... tensen woo...

aslamahmad berkata...

pie pujuk cepat..hehe..

Tanpa Nama berkata...

aiya..isteri wa pun tgh rajuk..tak tahula rajuk ke makan ati ke..dah masuk 3 hr daa..asik nagis jer..betulla hardisk dah full gamatnya..rase sedih ado..kesian pun ade..yela dia kalu rajuk betul2 semua dia buat tak reti..tapi yang syahdunya, dia still jaga baju makan minum wa..cuma takdela tgk mukanya senyum..muram jer..makan pun tak nak..tp wa pun silap sbb wa marah dia kejut wa masa sahur, dah dia susah2 masak pagi, wa pi marah plak kat dia mana dia tak terase..tp yang sedih skang nih..dia kata dia mcm tak de fungsi ape3..sodih wa dgr..wa tahu dia mmg isteri yg baik, sabar, rajin..ni nak pujuk dia tak tahu mcm mana..kali nih dia macam mogok..semua hal yang biasa dia bt utk bantu wa..dia tak nak buat, dia balik semua kat wa..ambik ko..pada para suami..jagalah isteri anda sebaik mungkin perasaan dia..bila dia dah mogok..haru kita dibuatnya..semua dia tolak..aduhh..tolong..

Tanpa Nama berkata...

{admin} ha tahu tak pe....ko mintak maaf la balik, raya nie ko beli baju raya banyak2 kat dia..hati pompuan nie keras2 kerak nasi jer..ko pandai ayat..setle la masalah..so berubah k...thanks

TRAFFIC HARI INI

Iklan