MALAIKAT MAUT: TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan
merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24
jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar
hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai
mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut
adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari
apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang
masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa,
seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan
direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia
sebenarnya adalah seorang yang miskin amal
kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan
untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula
melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap
manusia di muka bumi ini 70 kali dalam
sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang sedang
gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku
diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya,
tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak
ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa
diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang
soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran
malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti
hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal
ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat
maut.
Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam
benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat
kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan
mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu
memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah
ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali
lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah,
bahawa kematian pasti tiba pada saat yang
ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah
yang menjalankan tugas seperti yang telah
diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala
untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada
bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan
pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya
malaikat maut datang hendak mencabut roh
seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat
maut sedang dalam keadaan seronok bergelak
ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan
terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa
kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada
seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat
dan segar bugar.
Bercuti di Lyon, France
-
* Lyon, France *
Catatan 15-19 April 2024
Part 1
Selalunya kalau orang bercuti di France akan ke Paris saje kan tapi tujuan
utama trip ke Europe ni buk...
4 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan