Fenomena isteri meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini. Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah terdapatnya isteri yang menganggap menjaga hati atau melayani suami dengan bersikap sopan sudah tidak sesuai dalam keadaan masyarakat kita hari ini atau mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini menunjukkan bahawa tidak sedikit peranan dan pengaruh media massa, terutamanya televisyen, dalam ‘mendidik’ kaum Hawa di zaman ini.
Sebenarnya keadaan ini akan menjadi model yang tidak baik terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak yang akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif dalam kehidupan berkeluarga.
Terdapat banyak nash-nash di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selama mana isteri tidak disuruh melakukan perkara-perkara maksiat. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (HR Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah r.a.: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Siapa orang yang lebih berhak ke atas seorang perempuan? Baginda bersabda: “Suaminya.” (HR Al-Bazzar dan Al-Hakim)
Sementara dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.: “Seorang perempuan telah datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, hamba adalah utusan perempuan-perempuan menghadap Tuan, bagi menanyakan perkara bahawa jihad, berperang di medan peperangan kerana membela pada jalan Allah dan agama telah difardhukan ke atas lelaki, jika mereka menang mereka dapat harta tawanan, dan jika mereka dibunuh mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan makan rezeki di sana, dan kami kaum perempuan menjaga dan membantu mereka, maka apa yang kami dapat daripada perbuatan tersebut?”
Rasulullah SAW bersabda: “Anda sampaikan kepada perempuan-perempuan yang anda jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami itu sama dengan pahala berperang dengan musuh- musuh Islam di medan peperangan, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (HR Al-Bazzar dan At-Thabrani).
Hadis-hadis di atas menerangkan betapa memelihara dan menghormati hak suami serta ketaatan isteri terhadap suami amat dititikberatkan oleh agama Islam. Hatta jika suami itu berkedudukan rendah berbanding dengan isteri, umpamanya suami sebagai buruh sementara isteri pula guru, doktor dan seumpamanya, namun kedudukan atau martabat suami sebagai pemimpin atau ketua keluarga tetap tidak terjejas sama sekali.
Oleh yang demikian, isteri tidak boleh beranggapan bahawa dengan kedudukannya yang lebih baik membolehkannya bertindak sesuka hati seperti membelakangkan suami atau mengambil alih peranan suami sebagai ketua dalam keluarga. Jika ini berlaku, ia amat bercanggah dengan syariat Islam, sebagaimana firman Allah SWT: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (QS An-Nisa’: 34)
Bagi isteri yang tidak mentaati atau enggan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna pasti akan menerima balasan di akhirat kelak sebagaimana yang pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda diisra’kan ke langit dimana Baginda telah diperlihatkan dengan neraka yang kebanyakan penghuninya terdiri daripada kaum wanita.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Saidina Ali k.w. dalam satu riwayat: “Suatu hari aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati Baginda sedang menangis. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan tuan menangis?" Baginda menjawab: “Wahai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat." Saidina Ali k.w. bertanya: “Apa yang anda lihat, wahai Rasulullah?” Rasululah SAW bersabda: “Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya, sedang api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya dan aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak kepalanya dan aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dua kakinya dalam keadaan terikat dan dilumurkan minyak tanah pada seluruh badanya lalu dituangkan air panas pada lehernya……”
Anakandanya Siti Fatimah r.a. berkata: “Khabarkan kepadaku apa yang menyebabkan mereka diseksa?” Baginda bersabda: “Adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air panas dituangkan ke dalam lehernya itu kerana dia sering menyakiti hati suaminya. Sementara perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak kepalanya adalah disebabkan dia tidak mahu menutup aurat (rambut) daripada lelaki lain. Adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya itu adalah disebabkan dia keluar rumah tanpa izin suaminya….”
Sungguh amat dahsyat seksaan yang akan diterima, jika isteri mengabaikan hak-hak suami, tidak menghormatinya, apatah lagi menyakiti hatinya.
Sebenarnya bukan tidak boleh para isteri menegur suami, tetapi ia memerlukan masa yang sesuai dengan dibawa berbincang, ketika keadaan mengizinkan. Bukan dengan membebel sepanjang hari. Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah adanya segelintir isteri yang tergamak bercakap kasar dan mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diinginkan, sehingga kadang-kadang sampai tidak bertegur sapa dan bermasam muka.
Lebih dahsyat dan buruk lagi apabila isteri membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain yang mampu memberikan permintaan isterinya, sekali gus dilabelkan pula sebagai suami mithali. Betapa rendahnya martabat suami. Jadi, suami mana yang tidak tersentuh dengan ungkapan-ungkapan sedemikian ?
Sebenarnya bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami, tetapi janganlah sampai membebankan mereka. Apalah gunanya, jika suami berhutang keliling pinggang hanya untuk memenuhi hasrat isteri. Mintalah mengikut kemampuan suami dan sentiasa bersifat ‘qanaah’ atau merasai cukup dengan apa yang diberikan, kerana bagi isteri yang sedemikian akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Sebaliknya, bagi isteri yang tidak pernah menghargai atau bersyukur, Allah SWT tidak akan memandang kepadanya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." (HR An-Nasa’i)
Islam juga menyarankan supaya para isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pakaian, mengasuh dan menjaga anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh ikhlas dan tabah. Mungkin bagi setengah orang, agak sukar untuk dilaksanakan apatah lagi dalam situasi zaman sekarang di mana isteri juga bekerja. Namun percayalah, ia bukan saja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Rasulullah SAW iaitu Siti Fatimah az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga tanpa pembantu rumah. Suatu hari, Fatimah telah meminta suaminya Saidina Ali k.w. supaya menemui Rasulullah SAW dan meminta jasa baik Baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah mereka.
Rasulullah SAW bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik Baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan Baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.
Pada sebelah malamnya Baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Ali dan Fatimah) suka kepada pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta pada siang hari tadi?”
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah SAW menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidurnya.
Semenjak itu wirid yang diajarkan oleh Rasulullah SAW telah menjadi amalannya dan suaminya. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Apa yang berlaku pada hari ini, hampir sebahagian besar keluarga mempunyai pembantu rumah, yang bertanggungjawab menguruskan semua kerja-kerja rumah, termasuk menyediakan makanan, pakaian dan sebagainya. Tanpa pembantu terasa pincang pentadbiran rumahtangga dan banyak perkara yang tidak dapat diuruskan dengan baik dan teratur. Kenapa? Sudah pasti jawapannya mudah, tidak cukup masa untuk melakukan kerja-kerja tersebut terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.
Adakah jawapan itu tepat? Kaum wanita harus sedar, selaku isteri, ibu dan juga wanita yang berkerjaya mereka harus pandai dan bijaksana dalam mengatur dan membahagikan tugas dan masa. Jika di amat-amati betapa ruginya selama ini bagi isteri yang membiarkan kerja-kerja rumah ditangani oleh pembantu rumah. Betapa tidaknya, jika kerja-kerja tersebut dilakukan sendiri dengan hati yang ikhlas, dengan mudah saja mereka mendapat ganjaran atau pahala yang berlipat ganda.
Bagi para suami pula, sifat tolak ansur dan saling bekerjasama amat diharapkan. Isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi apalah salahnya, kiranya para suami bersama-sama membantu kerja-kerja di rumah. Bukankah ini salah satu ciri keluarga harmoni?
Keharmonian rumah tangga akan terbentuk jika suami dan isteri saling faham memahami, bekerjasama, bertolak ansur, berunding dalam menyelesaikan masalah dan tidak mementingkan diri sendiri. Oleh itu tanamkan ciri-ciri yang membawa keharmonian berumahtangga itu, agar kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat. Sumber : Click
Walaupun ringkas, Hopefully dapat membantu untuk anda lebih kenal "Background Ustaz Azhar Idrus"
Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Ustaz ada cerita mengenai dirinya dalam ceramah ini.. bolehla kita dengar sama-sama
Cara Ustaz Azhar Idrus menadah kitab agama
Salah Satu printscreen dari Facebook UAI
Keluarga Bahagia UAI
Sekrang saya nak berkongsi gambar-gambar Jemaah yang hadir ke ceramah beliau
"Subhanallah"
CEO PROTON FOLLOW JUGA CERAMAH BELIAU
Kebanyakan gambar-gambar ini, melibatkan ceramah UAI diluar Terengganu seperti di Selangor,Kuantan, Perak, dan Kelantan. Yang boleh dibanggakan golongan "Anak Muda"antara majoriti yang hadir.
gambar-gambar di atas UAI kongsikan di album Facebook beliau, nak tengok banyak lagi gambar boleh follow facebook beliau : LIKE
Holiday di Lyon, France
-
Lyon, France [image: 🇫🇷]
Part 2
Hari ketiga, misi cari pasar basah kat sana. Sebelum ni da Google tapi bila
pergi location, takde pun pasar kat situ, m...
Life's A Journey
-
Life is a journey
Journey to get what you want
To gain what you need
To achieve what you aspire
To look into yourself
Well nobody said a journey is easy
I...
SEPANTAS MASA
-
*Salam,*
*Ada lantunan kuat di dalam hati. Kadang ia tertawa, kadang hati yang sama
menangis. Alhamdulillah, 2 tahun yang pantas berlalu. mengingatkan seti...
Tekanan
-
Assalamualaikum...
Aku sudah cuba untuk menjadi dan memberi yang terbaik. Tahukah kamu, aku
sudah terlalu penat dengan semua tekanan ini? Manis di sini ber...
MAKIN HARI MAKIN SYG
-
*'Mengenangkan diri yang beberapa bln lagi akan menghadapi dunia
realiti,aku termenung...**JAUH**...memikirkan titik persahabatan bersama
teman-teman seku...
Food Hunting- Melaka!
-
Salam Readers. Please try the variety of delicious foods in Melaka. Nanti
menyesal tak cuba. So far, I had discover SEVEN that suits my tongue. I
called it...
-
menulis semula.....sekadar mengisi masa....
aku teringin untuk menulis ketika dan saat ini...
meluah rasa pada benda tak bernyawa..
pada lembaran kertas maya...
PUTARAN SEMAKIN PANTAS
-
ADAKAH AKU TIDAK MENJAGANYA
ADAKAH AKU TIDAK MENGISINYA
ADAKAH AKU LALAI
ADAKAH AKU CUAI
ADAKAH AKU TERLEKA
KERANA AKU RASA
PUTARAN MASA SEMAKIN CEP...
Facebook Akan Ditutup???
-
*Assalamualaikum WBT*
Betul ker? ape2 hal meh kita baca berita bawah ni yang diambil dari laman
blog www.blogtechnical.com:
*Laman Berita Internet Faux*...
salam 1 Malaysia( patriotisme )
-
sudah lama rasanya aku tidak didalam blog anokpokghani ni..
ni semua gara2 tesis yang melanda maklumlahkan tahun akhir...
*tidak rugi rasanya aku menjadika...
BEST WISHES
-
Just wanna to wish my fellow Chinese friends for celebrating Chinese New
Year 2014 Actually..i dont really have many chinese friends..just a few..
so a bi...
Ashanty Berat Hati Temani Om-om, Mabuk, dan Merokok
-
*TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA -* Ashanty pendatang baru di dunia seni peran. Tak
pelak, ia mengalami kesulitan dalam memainkan beberapa adegan yang mesti
ditunt...
Mengenal Ilmu Hadits
-
*Definisi Musthola'ah Hadits*
HADITS ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW baik berupa
perkataan, perbuatan, pernyataan, taqrir, dan seb...
Halwa telinga
-
Ada seorang gadisTermenung di jendelaMemikirkan nasibnyaYang telah
ternodaTerpinggir terhinaKerna dosa-dosa silamnyaIbunya telah tiadaBegitu
juga ayahnyaMe...
‘SINCERE GIVING’
-
My friend once told me a riddle. He asked me, "Do you know who are going
out from their home, riding their bike or driving their car but don't even
car...
Sollu 'alan nabi
-
*Dapatkan Mesej Bergambar di Sini*
assalamualaikum..kalam cyber kembali terisi..;)
semalam,26 Februari 2010,bersamaan dgn 12 Rabiu'l awal 1431Hijrah..hari ...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN
-
Bermunajat di Puncak Jabal Nur, Gua Hira''. Musim Haji 1431H/2010
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah
Persekutuan se...
Hidup Dalam Dunia Sendiri
-
Assalamulaikum dan Salam Sayang,
Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Kami doakan semoga kita
semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat A...
Nazrey Johani Live in Pattani
-
konsert kali ke 2 ini memang saya tak sangka dapat diadakan dipattani. pada
tengah hari itu hp saya berdering beberapa kali dari nombor yang saya tak
ke...