Pages

Ads 468x60px

13 Julai 2010

GAJI CEO-CEO DAN ORANG BESAR MALAYSIA

Hari nie aku teringin sangat nak kongsi ngan korang suma, tentang gaji ceo-ceo kat Malaysia, bukan apa keje aku kadang-kadang depan LAPTOP nie, asyik2 tengok gaji orang jer..Mungkin bila aku tengok gaji mereka nie tinggi, mungkin gak la, sikit sebanyak dapat bagi aku semangat yang tinggi untuk berjaya mcm depa gak suatau hari nanti..InsyaAllaha Usaha Tangga kejayaan orang kata, so bagi aku suma tue tak jadi masalah yang penting kita usaha untuk memiliki nya..Betul tak?? Bila pikir-pikir, gaji sebulan dah sejuta lebih..huh, bende apa yang nak pun petik ja jari leh dapatkan..kadang2 berangan gak aku nie...apa2 pun, bagi aku biar la duit setinggi mana pun..duit untuk AKHIRAT jangan la lupa cari lak yer...ok jom kita tengok gaji sorang2 k..selamat membaca...

BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI
Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.
PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

  • Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
    s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
    US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
    £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
    AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000



wah sekarang aku nak bercerita tentang gaji CEO BESAR TNB kite nie pulak yer..Dulu penah kecoh gak la tentang gaji dia..Diantara CEO syarikat GLC kta negara kite nie lakan aku rasa la..beliau la gaji yang paling banyak sekali..mana tak nya, gaji pun dah cecah juta sebulan..memang kaya dia nie..kalau tak cayer tengok statement nie :

NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00

Agak-agak sapa la mamat sorang nie, yang penting nama dia bukan mamat k..kalau korang nak kenal yang nie CEO SYABAS, SELANGOR..Bos besar air Selangor yang nie la...



NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

Macam mana la, beliau tak termasuk antara 40 orang terkaya di Malaysia, tengok la gaji bulan dia pun. dah leh tahan ber tahun dah untuk makan..hihi. aku rasa memang layak la depa gaji mcm tue, mungkin berkat usah mereka sendiri... so kita yang orang kebanyakan nie jangan la pertikai gaji2 mereka nie..kalau nak dipikirkan ingat mudah ka jadi CEO, mereka nie ibarat pemandu sesebuah syarikat, kalau silap la jalan di bawanya maka silap arahtuju mereka..so memang depa layak la memilik kekayaan seperti nie..dan tak mustahil bagi kita nie untuk jadi mcm mereka nie pada masa akan datang,so apa lagi kene usaha la yer,Amin....

12 Julai 2010

UDM KINI UNISZA~~~

Assalamualiakum semua..dalam kehangatan demam piala dunia,
jap lagi pulak FINAL PIALA DUNIA ANTARA BELANDA VS SPAIN, Agak-agak sapala yang menang eik..tak pa yang penting MALAYSIA tetap juara bagi aku..tadi petang aku berkesempatan
untuk kuar jalan ngan member2 baik aku..gie PASARAYA paling GAH DI TERENGGANU, tak lain dan tak bukan..MYDIN MALL ler...dah lama tak sampai, hari nie berkesempatan round2 kat mydin mall nie..Ok kite stpo dulu pasal PIALA DUNIA or PASAL PAK MYDIN, aku kat cni bukan nak citer pasal depa pun..apa pun yang lebih penting kat sini aku nak story pasal UDM KINI UNISZA..

UDM KINI UNISZA

Kalau nak bercerita tentang sejarah Unisza, memang panjang la, alamatnya malam nie tak tengok FINAL WORLD CUP la..secara ringkasnya disini, dahulu unisza lebih dikenali dengan KUSZA, N then UDM tapi sekarang Unisza pulak..tak pe bab pasal nama U nie aku tak la pikir sangat..tapi yang aku nak lebih bincangkan disini adalah student Unisza tue sendiri.. agaknya bila la nak berubah, kadang agak kecewa la bila melihat ada segelintir student itu sendiri..kesederan siviks tue cukup kurang..yela memang la orang cakap kalau setiap semester skor GPA 4.0 skalipun tapi kalau kesedaran siviks tue tak dak.."zero" la jawabnyer.."hampeh" kalau BAHASA orang2 sekarang nie selalu cakapkan..

Bukan la aku nak kata, aku nie bagus sangat tapi sekurang2 nya bila dah masuk satu tahap pendidikan yang ber tingkat2 tinggi (maklumlakan U katakan)..sepatutnya pemikiran kita patutlah jugak la berubah, biar lah lebih matang, bile buat sesuatu lebih rasional, meletakan sesuatu pada tempatnya, barulah berbaloi belajar bertahun di U tapi bile kuar dalam masyarakat baru la masyarakat boleh respekan..Agak2 la..mcm mana la eik nak membantu mereka2 nie...??

kekecewaan...

Yerla..maklum jela, dah masuk semester baru nie mestila kolej kediaman pun kene tukar la kan..
Alangkah sedihnyer bila masuk ke blok baru aku nie..dulu blok kaum adam dok cnie..MASYAALLAH, masuk jer tandas..Ya Rabbi..Agak la..baik cket dari tandas yang awam yang kene bayar 30 sen..teruk la boleh aku katakan..bilik tue kalau berhabuk tue consider lagi la orang kata, tapi bila masuk tandas nie dah teruk mcm tue apa kes kan?? sampai bile aku nak menghadapi ngan tandas kotor macam niekan..nak tak nak..aku kene hadapi jugak la dalam tempoh setahun aku di kolej kediaman nie..

Rasa-rasa malu dak bile ada orang yang mai sewa kolej2 kediaman yang ada kat Unisza..?? kalau aku bukan student sini, cmfirm ngan aku2 skali menyumpah..Dulu masa aku dok di kolej kediaman yang lama, tak la mcm nie..mungkin masa dulu aku dok ngan member se kepala kot, mungkin sebab tue bilik kami jaga ngan terbaik sekali..bukan aku nak bangga disini..tapi tue la kenyataan..tandas kalah cket jer dari tanda hotel, mana tak nya, setiap minggu kami buat gotong royong basuh rumah..mungkin disebabkan "satu kepala kot" kawan satu batch la katakan..so agak2 nya bile la bende mcm nie nak selesai..aku bukan harap perubahan secara drastik tapi mungkin kalau kene caranya mungkin bende nie kan berubah..

Mungkin System lama perlu ada sedikit perubahan..kita kadang2 kene berubah..baru kita leh tau yang mana buruk atau pun baik..Mungkin Staf2 kolej kediamaan tak merasa bende suma nie..maklum jela..depa ada umahkan..So yang merasa skrg student..So aku rasa kat cnie cara meletakan student2 ke kolej kediaman patut dirombak kembali..Aku rasa ada yang lebih bijak untuk memikir perubahan nie, kalau aku nak bersuara sapa la sangat AKU nie..kecik ja kat unisza nie..So mungkin bukan setakat nama ja yang kene ubah tapi system pergerakan di Unisza nie jugak patut di ubah..

ada lagi sebenarnya ingin aku luahkan disini..tapi maklum la final world cup pun dah nak mula..aku rasa aku kene stop dulu kat cni..hanya luahan perasaan jer...jangan la ambik hati sapa2 yang terasa k...

(bahasa luahan perasaan)

03 Jun 2010

DAPATKAN BADGE SAVE PALESTINE DI SINI

Sebagai tanda anda menyokong KEMPEN ANTI ISRAEL..DAPATKAN BADGE sebagai salah satu tanda kita menetang KEZALIMAN REGIN ZIONIS LAKNATULLAH..














30 Mei 2010

Bile la Agaknye aku nak jadu JUTAWAN mcm mereka nie?


Berikut adalah senarai penuh 40 Jutawan di Malaysia.


1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)


5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

credit from : http://kisahjutawan.blogspot.com

21 Mei 2010

PENGUMUMAN!!

ASSALAMUALAIKUM..

SAYA DISINI INGAN MEMOHON SERIBU KEMAAFAN, SEKIRANYA ADA KESULITAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG UNTUK MEMBACA ENTRY YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI, MEMANDANGKAN TEMPLATE BARU, SO MUNGKIN AGAK MENYUKARKAN ANDA UNTUK MEBACA ENTRY YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI..SAYA AKAN MEMPERBAIKINYA SECEPAT MUNGKIN UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA

INSYAALLAH..

18 Mei 2010

Tahukah Anda???

  • Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

10 April 2010

Cinta Seorang Lelaki

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:



1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.



HARGAILAH MEREKA..

TRAFFIC HARI INI

Iklan