Pages

Ads 468x60px

04 Februari 2011

Revolusi IKHWAN MUSLIMIN di Mesir


Entri kali ini, ingin saya kongsikan mengenai Jamaah Ikhwan Mulimin. Kalau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Pakatan Pembangkang ataupun lebih familiar PAKATAN RAKYAT. Persoalannya disini,adakah  Ideologi perjuangan mereka sama? Saya rasa sahabat blogger lebih bijak menilainya. Krisis Politik yang melanda Mesir kian meruncing. Dimana kesudahannya? Apa yang boleh saya katakan disini, selagi Presiden Diktator Hosni Mubarak tidak berundur, selagi itu lah Krisis ini akan berlanjutan. Kita sebagai umat Islam, apa yang mampu memohon kehadrtat Allah S.W.T agar sentiasa melindungi bumi para anbiya' dari terus dinodai oleh Manusia yang bertopengkan Syaitan.

Sejarah Ringkas Mengenai Parti Pembangkang IKHWAN MUSLIMIN

Ikhwanul Muslimin adalah satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Al-Ikhwan juga adalah parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir. Gerakan ini diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 dan beberapa gerakan Islam lain ditubuhkan di seluruh dunia Islam yang mempunyai kaitan dengan al-Ikhwan. Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.Al-Imam Hassan al-Banna  menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.



Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.


Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Badge IKHWAN MUSLIMIN


Pemerintahan Ikhwan Muslimin sekrang dipimpin oleh  Muhammad Mahdi sejak (2004-sekarang)

Muhammad Mahdi

Misi dan Tujuan Ikhwan Al-Muslimin

Imam Al-Banna menyampaikan misi dan tujuan yang ingin dicapai jamaah, beliau berkata:


“Kami menginginkan terbentuknya sosok individu muslim, rumah tangga Islami, bangsa yang Islami, pemerintahan yang Islami, negara yang dipimpin oleh negara-negara Islam, menyatukan perpecahan kaum muslimin dan negara mereka yang terampas, kemudian membawa bendera jihad dan dakwah kepada Allah sehingga dunia mendapatkan ketenteraman dengan ajaran-ajaran Islam.”

Sebagaimana beliau juga memfokuskan dua matlamat  utama:

“Saya ingatkan untuk kalian dua tujuan utama":

1. Membebaskan negeri Islam dari kekuasaan asing, karena merupakan hak alami setiap manusia yang tidak boleh dipungkiri kecuali orang yang zalim, jahat atau biadab.

2. Mendirikan negara Islam, yang bebas dalam menerapkan hukum Islam dan sistem yang Islami, mengamalkan prinsip-prinsip yang mulia, menyampaikan dakwah dengan bijak kepada umat manusia. Jika hal ini tidak diwujudkan maka seluruh kaum muslimin berdosa, akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung karena keengganan mendirikan daulah Islam dan hanya berdiam diri.” 


sumber : Ikhwan Muslimin

03 Februari 2011

Koleksi Kereta Sultan Johor


Assalamualaikum pembuka bicara, jom kita rehatkan minda melihat koleksi kereta Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim. Aku nie peminat kereta sebenarnya, sebagai rakyat biasa apa yang aku mampu hanya berdoa sajela, moga suatu hari nanti aku dapat naiki kereta-kereta nie, tak dapat beli, naik pun jadi lakan orank kata. Nie diantara koleksi kereta Tuanku : beritasemasa..Daulat Tuanku....






Hummer yang telah diubahsuai untuk kegunaan Tuanku Sultan











Lambang Sultan Johor



Sultan Ibrahim pun minat Bugatti Veyron yang mana merupakan model kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness of World Record). Baru sampai tu……tak buka balut lagi..







Ini hanya sebahagian sahaja koleksi kenderaan peribadi Sultan Johor, ini belum termasuk Motosikal berkuasa tinggi Baginda, Jet peribadi Baginda. Ermm..agak2 mcm mana la, boleh lawan ngan kenderaan-kenderaan sultan Brunei tak? Orang Johor mesti banggakan dengan kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Johor..kalau aku, aku bangga...Daulat Tuanku

TRAFFIC HARI INI

Iklan