FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan. Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya. Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia. Buku Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah. Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman. Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah. Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam. Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa. Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry. Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan. Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa. Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.

Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson. Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.