Pages

Ads 468x60px

30 Ogos 2010

DALAM MENGENAL SIAPA HIZBUT TAHRIR?



Assalamualaikum..

Udah lama tak update blog nie.Bersarang dah tanpa idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Mungkin agak sibuk dalam menguruskan kehidupan harian sebagai mahasiwa. Hari nie, rasa terdetik dalam benak saya untuk berkongsi serba sedikit mengenai Huzbut Tahrir. Bukan apa semalam, saya supper ngan sahabat saya, salah seorang sahabat saya ada membangkitkan mengenai Hizbut Tahrir yang semaikn menular di U saya nie. Saya pun terpikir, siapalah Hizbut Tahrir nie?? So dalam research saya, saya dapat la sedikit bahan untuk kongsi bersama untuk mengenal siapakah Hizbur Tahrir, apakah ideologi mereka..relevan ka pejuangan mereka..Saya pun dalam proses mengenali siapaka Hizbur Tahrir sebenarnya, so diharap dengan Fakta yang saya dapat ini, hopefully kita dapat berkongsi bersama ilmu dalam memperbincangkan tentang Hizbut Tahrir..

HIZBUT TAHRIR


Gerakan HT ini tidak boleh dikatakan sebagai gerakan sesat atau sebaliknya.Tetapi ia lebih kepada sebuah gerakan yang semata2 mahu menegakkan sistem Khalifah.

Sebelum saya pergi jauh,biarlah saya terangkan serba sedikit tentang HT ini.

HT ditubuhkan oleh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1952 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya. Bagi HT, pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur. Mereka juga mengecam mana-mana pihak yang ingin memperjuangakan Islam melalui saluran demokrasi seperti PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, PKS di Indonesia, Refah di Turki dan lain-lain lagi.

Gerakan Islam yang memilih jalan harmoni dan aman damai(seperti parti politik Islam yang lain dengan mengunakan saluran Demokrasi) adalah berdosa menurut HT. Bagi HT perjuangan yang paling utama umat Islam adalah untuk mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yag diredhai oleh Allah SWT.

Demokrasi adalah Haram bagi mereka,jika ingin mengembalikan kedaulatan Islam perlulah melalui sistem Khalifah.Dan mereka juga mengkufurkan mana-mana gerakan yang ingin kembalikan sisitem Islam melalui Demokrasi.
HTmensyaratkan wajib bagi umat Islam untuk meminta pertolongan (nusrah) mana-mana kuasa yang kuat, samada Islam mahupun bukan Islam. Bagi mereka, jika Amerika sekalipun sudi untuk membantu umat Islam untuk membina khilafah, maka mereka boleh meminta nusrah daripada kuasa tersebut.

Dibawah ini saya sertakan pula tulisan Guru saya iaitu Ustaz Maszlee mengenai HT ini:

Hizbut Tahrir

Di satu ruang yang lain pula muncul fenomena gerakan Hizbut Tahrir (HT). Dari Johor Baharu sehinggalah ke masjid-masjid di Perlis dan Kelantan, risalah terbitan kumpulan yang bernama Hizbut Tahrir ini dapat dirasai. "Soutun Nahdah", menjadi alat propaganda gerakan HT ini untuk menerangkan kepada masyarakat pendapat mereka (yang dikatakan sebagai pendangan Islam) terhadap isu-isu semasa. Isu hari pekerja, tahun baru, kapitalis, riba, demokrasi, Islam Liberal dan pelbagai lagi isu lain telah mereka sikapi dan diterangkan kepada masyarakat melalui risalah-risalah tersebut.

Sebelum refomasi di Indonesia HT bukanlah sebuah gerakan yang dapat dirasakan kewujudannya, samada di Malaysia mahupun di Indonesia. Sejurus selepas berlakunya refomasi di Indonesia, demokrasi yang subur telah memberikan peluang kepada HT untuk bergerak bebas dan melebarkan dakwah mereka. Bagaikan cendawan selepas hujan mereka berjaya merekrut anggota-anggota baru di IPT-IPT serata Indonesia. Di dalam siri-siri demonstrasi di Jakarta, mereka pasti akan muncul. Risalah-risalah, literatur-leteratur mereka mula membanjiri toko-toko buku di sana. Begitu juga halnya seperti di Malaysia, mereka segera menyikapi apa sahaja isu yang timbul dengan menyatakan pandangan HT yang dianggap sebagai pendangan Islam mengenai isu-isu tersebut. Pendekata HT adalah satu fenomena.

HT menjadikan perjuangan mereka adalah usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar di dalam masyarakat Islam. Kehidupan Islam di dalam masyarakat Islam menurut HT hanya akan dapat dilaksanakan apabila semua sistem-sistem Islam dijalankan di dalam kehidupan masyarakat dan bukannya secara juzuk-juzuk. Untuk menjalankan kesemua sistem-sistem Islam tersebut, maka penegakan semula sistem Khilafah dengan kewujudan seorang Khalifah yang memerintah umat Islam wajiblah diadakan (Lihat: Taqiyudin al-Nabhani (1994), al-Syakhsiyah al-Islamiyyah, Beirut: Dar al-Ummah, jil. 2, hal. 18-20). Demi menegakkan semula sistem khilafah metod "nubuwwah" wajib diikuti dan bukannya melalui metod-metod ciptaan manusia. Metod "nubuwwah" pada fasa permulaannya adalah dengan "peperangan pemikiran" di antara pemikiran Islam dengan ideologi-ideologi Kuffar. HT tidak menerima demokrasi sebagai cara untuk mendirikan sistem khilafah kerana ianya adalah ideologi kufur dan bertentangan dengan Islam (Lihat buku tulisan Dr Mahmud al-Khalidi (1983), Qawa'id Nizam al-Hukm, Jordan: Maktabah al-Muhtasib, hal. 37-58). Inilah hasil ide penubuh HT, Syeikh Taqiyyudin al-Nabhani, seorang ulama dari Palestin. Inilah juga dakwah HT di serata dunia.

HT, walaupun muncul di Jordan, namun ianya diharamkan di negara berkenaan. Begitu juga halnya di Iraq dan kebanyakan negara-negara Arab dan segelintir negara-negara Eropah. Mereka bergerak subur di UK kerana sistem demokrasi yang diamalkan di UK. Seperti halnya di UK, HT juga berkembang di Indonesia pasca refomasi. Pada waktu itu jugalah HT mula merebak ke Malaysia. Di peringkat awalnya, kewujudan HT hanya dapat dirasakan di alam maya lewat milis-milis dan juga laman web-laman web sahaja. Kemudiannya mereka muncul dengan menggunakan wadah Forum Islam Nusantara yang banyak menganjurkan forum-forum, wacana-wacana ilmiah di IPT-IPT sahaja. Tahun 2005 menyaksikan bagaimana faham HT telah dapat dirasakan di IPT-IPT terutamanya di Lembah Klang. HT juga telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dan mendapat ruang yang lebih luas lagi untuk menyebarkan dakwah mereka terutamanya di dalam usaha memberikan kefahaman kepada umat mengenai sistem-sistem Islam. Kedengaran di forum-forum dan juga wacana-wacana yang dianjurkan di IPT-IPT dan juga di sesetengah tempat slogan "mengembalikan sistem khilafah" di atas inisiatif HT.

Berdasarkan kepada Hujah2 diatas,
Kesimpulannya,HT ini adalah sebuah gerakan yang mempunyai fahaman dan ideologi tersendiri dalam menegakkan daulah Islamiah.Untuk menghukum mereka sebagai sebuah gerakan yang sesat,hal ini perlu dikaji dalam-dalam.Walaupun gerakan ini diharamkan di negara2 arab,namun ia hanyalah salah satu 'prosedur' biasa yang selalu gerakan2 islam hadapi.Begitu juga dengan Ikhwan dan sebagainya.BAgi saya,untuk menghukum sesat atau tidak, perlulah diteliti betul2.Kita mesti ingat dengan Firman Allah yang bermaksud:
“dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [maksud surah al-isra’ 36],

Tetapi untuk mengatakan HT ini berpotensi utuk keluar dari landasan yang benar,itu saya boleh katakab YA!.Kerana ada beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh gerakan itu tidak selari dengan Akidah Ahlu Sunnah.Antaranya tidak mempercayai kedatangan dajal dan siksaan kubur.Ini menyalahi Akidah ahlu Sunnah yang mempercayai akan hal tersebut..

Firman Allah yang bermaksud:Allah “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5)

untuk lebih detail : http://www.mykhilafah.com/

0 comments:

TRAFFIC HARI INI

Iklan